FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖

27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

👍👍👍process of learning take a good care

Kena rajin bertanya. Flow sebenar ikut KK masing2.

3mo trước

Owh paham.. sy bru tahu lain KK lain flow.. baik2 lepas ni sy x takot la bertanya.. terima kasih 🙏🏻