Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

91 Các câu trả lời

VIP Member

Innalillah waina illaihirajiun 😔. Semoga ada rezeki lain. Be strong. Jgn salahkan diri sendiri, itu paling penting. +ve dgn takdir Allah. Ada hikmah semua ni berlaku. Pengalaman sy harini keluar coklat sikit, terus pergi emergency, doc detect takde heartbeat - threaten miscarriage. Selang 2hari, dipermudahkan urusan. Keluar semua semasa nk kencing. Takde d&c. Rahim dah bersih, balik terus terus berpantang.

Allah. Yeke? Semoga kita dua terus kuat ye 😭♥️

Takpe sis moga ada rezeki lagi untuk sis lepasni ye☺️ saya pun failing pregnancy on 6weeks pregnancy. First pregnancy juga. Taktau faktor sbb apa tau2 bleeding. And alhamdulillah Allah dah bagi pengganti lagi. Doakan saya moga Allah jaga kami berdua sampai selamat bersalin ☺️ tabahkan hati ye sis. Semoga sis dikurniakan zuriat lagi dlm masa terdekat🥰

Aamin Ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan. saya dah redha apa yang jadi ♥️♥️ InshaAllah ada rezeki lain Allah nak gantikan. ✨

ya Allah nasib kta sma la..sy pun bru keguguran 23/10/2021 7.45pm baby keluar padahal sebelum ni scan 9mggu 1 hari 21/10/2021 dktr sah kn kandungan tak menjadi dan kantung kosong 24/10/2021 2.00am-3.30am kantung dan plasenta keluar semoga hati ini kuat terima.. smoga awak pun kuat ya.. skrg msih admid kat hospital 24/10/2021 4.00am

Ya Allah. Yeke? Semoga kita sama sama kuat 😭😭 semoga kita ada rezeki balik. Aamin.

Saya pernah lalui masa bulan 3. Sakit, sedih, terkilan, marah semua ada tapi hanya mampu berserah pada Allah. Mngkin bkn rezeki masa tu. tapi skrg alhamdulillah dh mengandung semula. Banyak kn berdoa ya sis. Semoga Allah gantikn dgn yg lebih baik. InsyaAllah ada rezeki sis nanti. Saya doakn sis kuat dan jgn putus asa utk terus mencoba.

Kannnn. Masa saya mula mula tu. Tak gugur lagi. Tapi asyik keluar darah. Menangis 2 3 hari. Sebab fikir macam bahy tak lama. Macam macam perasaan. Tapi sehari sebelum nak gugur tu. Tetiba redha. Terus cakap dengan baby. Supaya baby keluar dipermudahkan. Lepastu doa “Ya Allah, tak pe lah jika kau tak berikan anak ini dekqt aku. Aku redha. Aku mohon kau kabulkan lah doa yang ni. Mudahkan la dia keluar Ya Allah”. Alhamdulilah esok tu. Memang dia keluar terus. And tak perlu cuci. Kita sama sama kuat ye ♥️♥️

wktu sy gugur bulan 2 hritu pun kuar seketul gedabak camni, mmg sakit yg amat nk tggu dia kluar tu.. dh kuar je lega terus, sy gugur 8w5d , baby mmg xmnjadi dr 7w lg, heartbeat xde.. tp bulan 3 sy pregnant smula, alhamdulillah skrg dh nk masuk 37weeks, tggu msa nk besalin je

Sis bleh tahu tak berapa jarak lepas gugur tu awak pregnant semula?

sy dapat rasa apa awak rasa sis , sbb sy pon penah gugur jugak bulan november hritu , time tu kandungan baru 7 weeks, terasa sngat kehilangan . sedih ya amat. Dah masuk 7 bulan usia perkahwinan belum ade rezeki saya lgi , mintak ibu2 mengandung doakan sy dikurniakan zuriat yaa ☺️ Berharap sngt nk zuriat sendiri , Aminnn

semoga ada rezeki lg lepas ni sis . insyaallah . takpe anak syurga tu ❤️ saya gugur baby first mase 20 minggu awal bulan 8 . dah lengkap semua . tp allah bg pinjam untuk 20 minggu je . alhamdulilah skrg tngah pregnant 10minggu . doakan baby saya sihat dan cukup 9bulan baru lahir . hehe semoga ade rezeki sis lg . aamiinn

Alhamdulilah. Semoga baby ni sihat. Selamat dilahirkan. Aamin ♥️

semoga kuat ya,,,sya pun lps gugur bulan sept 2021 ni kena pinjamkan. 5minggu saja😔sya byk baca dr sini tp mmg bukan rezeki kita lg...sya miss misscariage masatu scan mmg tak jadi dah kluar as blood clot😭sedih yg amat tiada siapa faham sbb dah 8tahun menanti

aminnnn....insyaAllah....

I feel you sis. Sy keguguran anak pertama pada minggu ke 9 pada jun 2019. Time scan heartbeat baby takde. Keluar darah sikit2 then after 4 days janin keluar semua. Time tu mmg down sgt2. Allah lbh maha mengetahui. Trust His plan. Semoga awk kuat dan diberikan rezeki anak lepas ni. Jaga diri ya.

Terima kasih sis bagi semangat 🙏🏼💕

VIP Member

sama kes mcm sy .sy masa 30w . pg² cek kk elok je . mlm nye dah takde heartbeat . semoga awk kuat ye . berpantang baik² k . jgn fikir sgt . abis pantang cuba proceed next baby k . tahu je pregnant semula terus ke kk n bgthu sejarah . nnti mereka akn beri perhatian lebih pd awk

awk pun kuat jugak .. kita semua yg hadapi ni kuat hehe . semoga ada rezeki zuriat lg buat awk . jgn putus asa tau . ada hikmahnya🥰

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan