Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

91 Các câu trả lời

Takziah sis . InsyaAllah lepas ni ada rzeki awk . Tp kena bersih 2 kali klau nak mengandung semula (atas saranan doktor) .. Sbb sy pun pernah keguguran, baby first . Smua smooth je . Sampai satu hari tengah kerja, mkn ptg tu mkn bubur . Tetiba sakit perut lain mcm tau . Ckp dlm hati, pedih ni perut, slh mkn agknya . Then, mmg sakit aje sepanjang kerja tu . Then ada spotting-2 . Inform dkt kawan yg ad pengalaman mengandung, dia ckp spotting, g klinik terus . Tp sy tk g , sy nak g esoknya . Sepanjang mlm, perut sakit aje . Mmg sakit sgt-2 . Esok pg suami tgh bersiap nk teman g klinik, time ni lah mcm rasa nak berak . Masuk jamban, meneran, ingat ta*k keluau, sy tgk benda lain . Tp tk dpt cpai sbb dh masuk dlm lubang jamban . Then ada satu kali, meneran dlm bilik air biasa, mmg keluar ketul drh . Mmg sah keguguran . Mmg sedih sgt time ni . Pergi klinik pun dgn sakit-2 . Kena scan lalu pep*k tengah darah-2 n sakit-2 tu . Allah . InsyaAllah, moga rzeki kita smua . Allah sebaik-2 perancg ❤️

InsyaAllah Allah akan beri pada masa yg terbaik untuk awk ❤️ jgn putus ada okay ? Jgn stress-2, rezeki Allah ada dkt mana-2

sye pon gugur buln 6/2021. .kndungn 9w tp scan 6w. .sakit perut jew. .tnp bleeding ape2. .doktor kata mcm kantung mgecil. .kemungkinan janin xmnjd. .masih pk positif. .last sakit perut mcm rengat nk bersalin to. .g hospital doktor kata tngu jew la die kua sndr sbb cek bp tinggi mmg tnde nk gugur. .last poppp bunyi meletop kt bwh. .bgthu doktor ade bunyi pop la. .doktor soh g toilet cek. .betoi kua mcm isi perut ikan to. .doktor amek boh dlm balang air kencing to. .doktor scan mmg xde ape da. .dok wad 2 hari tkut ade bleeding teruk atau ape2 sbb bp sye msih tnggi. .sedih sgt. .tp pk smue rahsia Allah. .perancangn Allah yg terbaik..ade rezeki yg lebh baik menanti. .skrg sye hamil blik. .bru 6w. .kne byk rehat jgn keje stress2. .mkn la ubat untk kebaikan ketika hamil. .doakan sye gak untk kehamilan kali nie. .sye pon doakan sis kuat hadapi. .pk yg baik2 doa yg baik2 insyaAllah yg hadir pon baik2 jew. .Allah Maha Penyayang. .☺️☺️☺️☺️☺️

terima kasih sis. .amiinn. .semoga kali nie berjaya smp melahirkan. .doa siang dan malam. .sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya. .doa yg baik2 sis. .insyaAllah. .sye doakn sis pon dikurniakan rezeki anak nnt. .insyaAllah. .

Ya Allah sebijik mcm saya sis 😭 mmg sama apa yang sis lalui ni. pergi balik pergi balik ke hospital sampai berharap boleh selamatkan baby. Time tu baby dah masuk 10w tapi bila scan doc ckp baby tak membesar baby tu mcm baru 8weeks mcm tu. Pastu mmg tak puas hati esknya pergi klinik KK pulak. Then sama jugak mcm saya g klinik swasta. esknya tetibe ada spoting hmm bila ada spoting ni. tetibe teringat kes baby yg first tu. Spoting pastu gugur. Ingatkan boleh bertahan lagi time tu, last2 doc ckp heartbeat dh takde. Time tu tuhan je tahu perasaan saya mcm mana 😔 lagi pon ni dah kali ke dua saya gugur. Mmg sakit yg teramat time dia nak keluar tu. Saya sampai tarik rambut suami saya sbb nak tahan sakit tu. Ingatkan nak berak ke apa sekali haa besar tapak tangan tu dia keluar 😢. Sis dah redha dah time tu maybe belum rezeki sis. Takpela InsyaAllah tahun ada rezeki lagi untuk saya. Doakan saya ye sis ☺️

Allah. Semoha kita dua kuat. Saya doakan sis diberikan zuriat tak lama lagi. Aamin. ♥️

aduhhiii..😖😩 saya pernah keguguran PD 2019.. masa tu baru 6week checkup klinik swasta..doc ckp awal lg ne..kecil sgt. bila g buka buku pink 12week check up KK n jumpa doc scan check kata kantung kosong..😢 doc suruh g hospital UTK pengesahan..pun ckp benda yg sama..selang 2hri lepas tu kat umah.. bgun dari tido pagi perut Mcm memulas2 kesakitan yg amat kuat sgt seperti Mcm nk bersalin.. ingatkan nk buang air besar tapi xsangka2 tumpah darah+berketul2 darah kluar😭 masa tu Allah SWT saja yg tahu Mcm mne rasa keadaan ketika itu..😭 saya menjerit panggil suami..terus g hospital dan doc BG clear kluar BG habis semuanya.. pengalaman yg tidak boleh lupa BG setiap pasangan zuriat pertama.. 2022 bakal lahir bulan Mei nnti..😘 Alhamdulillah syukur PD Allah SWT memberi rezeki lg..🤲 yg skg hamil lg 24week😌

Alhamdulilah. Happynya saya dengar. Smeoga baby terus sihat. Dan Selamat dilahirkan nanti. Aaminnn

Saya pun sama. 22w baby keluar secara induce Mac yg lalu. sehari sblm tu check KK baby aktif sgt2..dpd pagi sampai mlm asyik tendang je siap rekod perut bergerak. Rupanya itulah gerakan terakhir baby E..lepas 3 hari baru p klinik scan sbb dh x rasa baby aktif. Bila doktor sebut baby xde denyutan jantung rasanya pandangan berpinar2.. 2 hospital confirmkn last2 induce baby keluar. Pantanglah masa tu dgn cuti sebulan je ... sedih tp redha Allah kurniakan kita ANAK SYURGA.. itulah ubat pujuk hati. Sblm tu asyik baca artikel 'still birth' rupanya x sangka berlaku pd diri sdr. Alhamdulillah skrg ni dah hamil semula. Tp sblm ni spotting berminggu2 juga. Risau tp bertawakkal je pd Allah. esok nak scan semula. Mohon doakan semoga Allah beri rahmatnya utk baby terus membesar dalam rahim saya. Aamiin3

sis lady skrg mcm mne sis? bleeding berminggu-minggu tu

Sama dengn sya laa..sya pon 9 minggu dah megandung pasto kemarin turun darah sya terus p hospital doktor scan dia ckap dia tk nmpk heartbeat baby lagi.. pasto sya cita laa yg sya dah p scan swasta sebelum ni dah ada heartbeat dah dengq bunyi dah.Doktor kat hospital to ckap ohh yg dia punya scan lagi okay kott.mcm tk caya apa yg sya habar .pasto dia kata boleh balikk sbb pembukaan tk dak lagi.sya pon balik degn tk sedap hati sbb dia ckap tak dak heartbeat.sya p scan balik kat klinik sebelum ni to doktor to cakap yaa tk dak heartbeat dah hari to adaa hari dah tk dakk .masa dengq too allahu remuknya hati ni .yg first hari to pon gugur yg ke dua ni pon gugur 😔😔.Semoga kita ada rezeki zuriat lagi.

Allahu. Yeke? Sabar ye awak. Kita sama sama kuat okay. InshaAllah ada rezeki kita untuk dapat zuriat ♥️♥️♥️

sama dgn pengalaman yg saya rasa. keguguran anak pertama pada 23 januari 2020. tahun ni alhamdulillah saya disahkan mengandung. setahun selepas gugur bru merasa ada nyawa dlm perut. and die saya pun hampir dekat dgn arwah anak saya yg gugur dlu iaitu pda 18 januari 2022. beza 5 hari je. sepanjang setahun selepas keguguran, saya enjoy je life dgn suami. spend time masa berdua habis habisan. tak mengharapkan pun utk ada zuriat yg cepat lepas gugur sbb saya taknak kecewa. saya pergi berurut naikkan peranakan, betulkan rahim sebanyak 3 kali and sya disahkan mengandung. alhamdulillah lagi 12minggu je menanti utk jumpa buah hati kecil ni.

Ya Allah. Happy sangat dengar!! Jaga kandungan okay. Jangan stress ke apa taw. Saya doakan Allah permudahkan segalanya urusan awak 🌹

Ya Allah faham sangat perasaan ni. Sabar ya. Saya pun gugur bulan 2 tahun ni. Sama betul situasi kita. Tapi saya kencing, keluar janin terus. Dgn kantung dia sekali. Sekarang saya sedang mengandung anak kedua, nak masuk 8 bulan dah. Masa tahu mengandung kali kedua tu saya paranoid sangat, tapi Alhamdulillah kandungan sihat. Doakan baby saya kalini sihat sehingga lahir ya. Saya doakan awak dapat merasa jadi ibu balik Tak lama lagi. InsyaAllah. Amin

Alhamdulilah. Happynya dengar awak tak lama lagi nak jumpa baby. Semoga dipermudahkan. Jangan stress okay!! ♥️♥️

semoga sis cepat sembuh & kuat semangat ya. sy pun missed miscarriage bln 2 haritu, dh 12w tapi baby survive sampai minggu ke-7 je, sehari lps buka buku kt kk, keluar darah sikit² sampai 4 hari baru keluar semua. sedih mmg sedih sbb tu kali kedua berturut² sy keguguran. tapi skrg tgh prengnant lagi baru minggu ke 7, rasa risau jugak tapi taknak fikir yg negatig. doakan sy jugak supaya semuanya selamat & dipermudahkan ye

awk..kite sama...sy pon gugur kali kedua bln 2...skrg pon tgh prgnt lebih kurang 8w..smoga Allah bg kite kekuatan n diberikan peluang untuk merasa spt ibu2 hamil yg lain jgk...doakan sy jgk yea...sy pon risau jgk sejarah berulang..yg sblum nie pon xmmpu nk hadap😭

Allah lebih sayangkan ank syurga tu.. Insyaallah lepas ni pastikn berpantang betul2..org gugur ni berpantang lg kena jg dr bersalin..Sya dh pernah alami situasi yg sama sis..kita byk2 doa semoga lepas ni sis pregnant lg.. seeloknya lepas 3 bulan gugur baru buat perancangan semula..Sya doakn semoga sis sentiasa sihat dan berpantang sama mcm org bersalin..Byk kn berdoa Allah permudahkan urusan sis nnt...

Câu hỏi phổ biến