Jamu Dandara Penggalak Susu Ibu
10 Tips Pam Susu Badan Dengan Lebih Efektif. Stok Melimpah Ruah! 1. MULAKAN RUTIN MENGIKUT KESELESAAN Selesakan diri anda setiap kali sesi mengepam agar anda berada dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Rutin ini penting untuk membantu anda mendapat ‘let down reflex’ dengan lebih cepat. Seeloknya pastikan segalanya tersedia dalam kedudukan yang sama setiap hari. 2. MINUM AIR MASAK SEBELUM DAN SELEPAS SESI MENGEPAM Minumlah beberapa gelas air masak setiap kali sebelum sesi mengepam dilakukan dan begitu juga selepas selesai mengepam. Ibu menyusu perlu minum lebih banyak air masak, iaitu keperluan 3.1L sehari atau sekitar 13 gelas sehari 3. MELAKUKAN URUTAN SEBELUM MENGEPAM Selain mengamalkan makanan sunnah seperti buah kurma dan longan , ramai ibu yang bersetuju bahawa mengamalkan Jus Madena dan mengurut untuk membanyakkan susu amat berkesan. Bermula dari bahagian ketiak, gunakan jari untuk membuat urutan bulatan kecil di sekeliling payudara. Satu lagi cara adalah dengan mengurut dari dada ke bahagian areola. Ulang beberapa kali sekitar tempoh 2 minit atau sehingga terasa ‘let down reflex’. Lakukan di kedua-dua belah payudara sebelum mengepam. 4. MENATAP GAMBAR / VIDEO ANAK Salah satu petua yang sering dikongsikan oleh ibu-ibu adalah dengan menatap gambar bayi ketika sesi mengepam. Kalau tak ada, boleh juga membawa baju atau selimut yang ada bau bayi. Ini adalah untuk membantu kita merasakan seolah-olah bayi berada dekat dengan kita, seperti waktu menyusukannya. Sepanjang mengepam, berzikirlah sebanyak mungkin atau boleh juga memperdengarkan alunan Al-Quran untuk mendapatkan ketenangan. 5. BRA MENYUSU YANG SESUAI. DIY PUN BOLEH! Bra meyusu dengan cangkuk mudah dibuka lebih senang untuk dipakai jika perlu mengepam dengan kerap. Ada juga bra yang dijual khusus untuk memudahkan ibu-ibu mengepam kedua-dua belah payudara tanpa perlu memegang botol. Satu lagi cara untuk anda mengepam secara handsfree, boleh DIY menggunakan sports bra. Caranya mudah, buat lubang pada bahagian dekat puting. 6. LARASKAN SUCTION IKUT KESELESAAN Terlalu kerap mengepam juga boleh menyebabkan permukaan puting kering dan merekah. Ketidakselesaan ini dapat dikurangkan dengan penggunaan krim khas untuk merawat puting yang selamat digunakan seperti Bepanthen. Semak semula pelarasan jika suction pam membuatkan puting anda sakit. Sebaiknya gunakan aras yang lebih rendah jika tiada keperluan untuk menggunakan aras yang tinggi. 7. SIMPAN SUSU MENGIKUT JUMLAH YANG SERING DIMINUM BAYI Daripada menyimpan susu di dalam beg sebanyak 4 oz, pakar menyarankan untuk mempelbagaikan saiz beg seperti 1 dan 2 oz, terutamanya pada awal pengenalan kepada susu perahan. Ini kerana, anda mungkin belum dapat mengagak berapa banyak susu perahan yang diminum oleh bayi setiap kali penyusuan. Jadi, cara ini dapat mengelakkan pembaziran susu yang dikumpul. Ingat, susu yang dipanaskan tak boleh disimpan semula! 8. PAM LEBIH KERAP, BUKAN LEBIH LAMA Untuk mendapatkan jumlah susu yang lebih banyak, mungkin ada ibu yang berpendapat mereka perlu mengepam lebih lama. Sebenarnya, stimulasi produksi susu bertambah dengan kekerapan, bukan dengan masa pengepaman. Maka, cubalah mengepam susu setiap 2-3 jam sekali, dalam tempoh sekitar 15 minit saja setiap kali. Jika anda merasakan payudara masih belum kosong, boleh menambah tempoh pengepaman selama 5-10 minit lagi. 9. MENGEPAM SAMBIL MENYUSUKAN BAYI Jika anda perlukan stok yang banyak, anda boleh juga mengepam susu sambil menyusukan bayi secara direct feeding. Biasanya let down reflex akan lebih mudah tercetus sewaktu anda sedang menyusukan bayi. “Kenapa dapat sikit sangat susu perahan ni. Pam ni yang bermasalah, susu aku yang sikit, atau cara pam susu aku yang silap?” Pada mulanya pasti ibu muda akan berasa keliru dan tidak berapa selesa dengan rutin mengepam susu menggunakan breastpump. Sebenarnya, ada teknik yang boleh digunakan agar anda pam susu anda dapat mengeluarkan lebih banyak susu perahan. 10. SESI MENGEPAM SEPATUTNYA TIDAK MENYAKITKAN Sekiranya pam susu yang dipakai terasa menyakitkan, cuba semak pelarasan suction. Perhatikan juga jika ada bahagian yang rosak, bocor, atau tidak berfungsi dengan normal. Semak semula manual penggunaan sebagai rujukan jika terdapat masalah ketika mengepam. Jika anda pertama kali mengepam, mungkin akan berasa sakit sedikit pada awalnya kerana puting susu anda masih lembut dan sensitif. Namun, jika kesakitan tidak beransur hilang, cuba dapatkan pam susu yang lebih sesuai. Kini dah banyak jenis pam susu yang berada di pasaran. Antara kriteria yang perlu anda beri perhatian untuk memilih jenis yang sesuai dengan kegunaan anda adalah: *Kekerapan penggunaan – jika lebih kerap digunakan, pilih jenis elektrik / automatik. *Saiz & mobiliti – jika kerap travel, pilih yang kecil dan mudahalih. Jenis manual / bateri mudah dibawa dalam beg dan tak perlukan plug point. *Masa penggunaan – semak ketahanan bateri. Bayi kembar mungkin memerlukan double breast pump atau jenis yang heavy duty. *Harga – pilih yang sesuai dalam lingkungan bajet anda. *Keselesaan – jika perlu digunakan di pejabat dan di dalam mesyuarat, mungkin perlukan yang senyap. Pilih jenis muncung lembut jika puting susu anda amat sensitif. ELAK STRES, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA! Dapatkan rentak yang sesuai untuk mengepam susu dalam rutin harian. Yang penting, elakkan stres dan sentiasa berfikiran positif. Tidak semestinya breastpump yang mahal dapat menjamin produksi susu yang banyak, sebaliknya ilmu dan cara pam susu dengan efisyen juga penting untuk ibu-ibu ketahui bagi mendapatkan jumlah susu perahan yang memuaskan dan berkualiti. Klik link dibawah untk dapatkn konsultasi percuma Jamu Dandara http://www.helohana.com/nurrain #Milkbooster #JamuDandara