Ngũ cốc nguyên Hạt
Beras Pulut
Ngũ cốc nguyên Hạt
Protein, Lemak, Kalsium, Zat , Fosforus, Vitamin B1, Vitamin B2, Niacin
Wanita hamil boleh makan beras pulut tapi dalam kuantiti yang sederhana kerana ia sukar dicerna. Malah, ia juga memiliki kandungan gula yang tinggi dan berisiko jika ibu terkena gestational diabetes GDM semasa mengandung.
Selepas bersalin, anda boleh makan beras pulut dengan kuantiti yang disyorkan. Ini kerana, ia tinggi karbohidrat yang dapat merangsang tenaga yang diperlukan. Namun, ia mengandungi gula yang sangat tinggi, maka anda digalakkan ambil dalam kuantiti sederhana sahaja.
Anda boleh makan beras pulut semasa menyusu kerana ia tinggi karbohidrat dan gula yang dapat mengumpul kembali tenaga. Tetapi, anda hanya boleh ambil dalam amaun yang disarankan sahaja terutama bagi pesakit diabetes.
Kanak-kanak sangat sukakan beras pulut. Namun, ia tidak direkomenkan bagi bayi di bawah umur setahun. Ini kerana beras pulut terlalu melekit maka ia sedikit sukar untuk dicerna.