Syah B. profile icon
VàngVàng

Syah B., Malaysia

Contributor

Giới thiệu Syah B.

Mommy to be

Bài đăng(1)
Trả lời(11)
Bài viết(0)

3rd Trimester Experience

Assalamualaikum and Hi mommies 🥰 Sya nak story experience je dekat sini. Not a question. Sebab dalam feed ni dah banyak question and semua terjawab. So kita share experience je lah ye 🤭 hehe. Today kandungan sya dah masuk 36 minggu 5 hari. Tinggal dua minggu lebih je lagi nak melahirkan baby boy ni 🥰. Sepanjang kehamilan sya dari first trimester, Alhamdulillah sya bersyukur sangat alahan yang ada tak seteruk macam alahan mommies2 lain dalam ni yang sya baca. Setakat ni sya muntah2 dalam first trimester tu tak kerap. Bau2 pelik tu tak ada. Mengidam pelik2 tak ada. Kiranya sya ni in a good mode dalam first trimester. Kalau second trimester tu jangan cakaplah 😜. Memang heaven! Tidur, makan, apa2 buat semua Alhamdulillah sya okay saja. Cuma part bercakap banyak je buat nafas kita semput sikit. Hehe jadi sya kurang bercakap sangat sepanjang mengandung. Kalau berkaitan emosi, jangan cakap lah. Turun naik jugak kadang2. Cepat merajuk, suka cari gaduh dengan suami. Sensitif lah, overthinking.. sya rasa normal kut bagi pregnant lady sebab hormon kita tak stabil kan. 😌 Bila cakap pasal makan, sya boleh makan semua benda yang sya suka. Tak ada alahan tak boleh makan nasi, tak boleh makan makanan kegemaran. Ya Allah time tu rasa macam nikmat sangat walaupun sebelum mengandung makanan tu semua dah bedal kan. Hehe 🤪 horm on mengandung ni memang pelik sikit kut. So sya just enjoy the journey 🥰 Cuma bila dah masuk third trimester ni. Kerisauan, kegundahan, overthinking, cemas semua tu lah dah start ada balik. Sebab kita di fasa akhir kehaliman, dah nak deliver baby. Macam2 kita akan fikir apa akan berlaku pada kita dalam proses nak deliver baby ni nanti. Sekarang ni sya ada spotting dah sikit2. Puncanya banyak sangat bergerak dan terlalu aktif. Bila check jalan, Dr kata belum ada bukaan. Sya asa rasa contraction true and false tu. Tapi masih lagi aktif buat macam2 sampai MIL tegur jangan la aktif sangat. Risau terberanak awal je nanti. MIL sya sangat caring. Sekarang kan time raya, sya tak boleh kalau kat rumah tak mengemas pinggan mangkuk, tak cuci habis. Dah jadi tabiat nak kemas juga sebab dekat rumah mak abah sya lah yang handle pinggan mangkuk kotor time raya. Sekarang dah sarat, beraya di KL saja rumah mertua. Tu yang tak boleh duduk diam. Sampaikan first raya kena masuk hospital check bukaan dan ctg sebab spotting lepas balik surau dengan tengahari 😅. Macam sya bagitau atas tu dah ada spotting. Ni la kali pertama experience macam ni. Hehe. First day raya masuk hospital dengan baju raya. Husb siap bersampin songkok je takde. Cemas punya pasal kan kenapa jadi macam tu. Lepas checkup Dr kata belum ada bukaan, kita apa lagi??? Hahaa sambung balik beraya, makan balik macam2 dekat rumah MIL 😂. Tapi risau tetap ada. Sebab dah dekat nak due. Sya tetap berhati2 dalam pengambilan makanan dan pergerakan. Cuma akhir2 ni rasa penat sangat dan tidur agak lama. Bila dah bangun rasa nak tidur lagi. Sya anggap its normal lah kan symptoms2 pregnant. InsyaAllah semua baik2 saja. Sya mendoakan mommies2 yang due bulan Mei ni dipermudahkan segala urusan bersalin, buat latihan untuk mudahkan bersalin tapi jangan terlalu aktif. Nanti badan boleh jadi penat sangat. Banyakkan minum air masak dan kalau boleh rehat secukupnya. Fikir yang baik2 dan enjoy our last pregnancy journey sebelum deliver. Selamat hari raya mommies, maaf zahir dan batin 🥰.#firsttimemom #firstbaby #pregnant #36minggu5hari #thirdtrimester

Đọc thêm
Thành viên VIP
 profile icon
Viết phản hồi