Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Similac Neosure
Hai, ada tak mommies2 yg bersalin baby premature 34-36 weeks. Then baby sihat, bagi susu badan dan campur similac neosure? Baby saya dah 8 bulan sihat sama macam baby biasa. Saya ingat nak tukar susu formula dia, sebab dr sebelum ni cakap anak saya dah tak kategori baby premature even dia lahir tak cukup bulan. Sebab similac neosure hanya for baby premature sehingga umur diaorang 12 bulan kan. Try bagi similac biasa anak saya reject 100%. Patut ke saya teruskan bagi dia similac neosure? Minta pendapat mommies2. Anak saya bf kalau dengan saya, dengan pengasuh sahaja yang minum fm.
Ruam pada badan and kepala
Assalamualaikum, hi ibu2. Saya nak bertanya ada tak anak ibu2 yang alami macam anak saya? Sebelum mandi tak ada apa2 kulit bersih tapi lepas mandi je akan terus naik ruam satu badan. Ni saya snap bahagian lengan dia sahaja. Saya dah tak ada idea nak bagi sabun apa dah. Drypers memula okay tapi kemudian tak okay. Then saya try carrie junior dia okay sikit. Tapi skrg macam jadi balik ruam2. Then saya try cetaphile. Pun sama juga. Terus naik 😫 Apa lagi ye bath and body wash yang okay. Kalau shampoo kepala dia, akan naik ruam sampai ke muka. Dr cakap ruam panas. Tapi naik setiap kali lepas mandi.
Minta Pendapat
Hi, mommies. Saya sedang mengandung 32 minggu. Normal ke tetiba saya akan alami sakit kepala, mual dan muntah balik pada 3rd trimester? Dulu masa awal kandungan, dah alahan teruk sampai turun 8kg. Sekarang berat tak naik2 pulak, sampai kena bebel dengan nurse and dr 😕 then tetiba minggu ni start jadi macam alahan semula. Asyik mual and nak muntah. Normal ke?
Buka buku pink
Hi mommies, nak tanya. Ada tak kat sini yang buka buku pink di klinik Siti? Kalau buka buku kat klinik siti lepastu nak gi checkup di klinik kerajaan, still kena buka buku pink lain ke? Sebab saya dah pregnant 27 weeks, buka buku di klinik Siti. Tapi terfikir nak bersalin di hospital kerajaan, so masih kena gi check up klinik kerajaan ke?