Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
I am one of the TTC
First IUI Gagal
Ingatkan nak check pregnancy test hari minggu ne after da 2 hari lewat period. Subuh ne pula keluar darah. Tak apala bukan rezeki. Cakap kat husband period datang. Husband relaks jer kata kita cuba lagi 😞 Saya positif jer semua ne sebab mmg dari awal tahu buat IUI ne peratus dia rendah. So saya nak rehat dulu & turunkan berat badan lagi untuk persediaan IUI ke-2 awal tahun depan. Wish me luck all TTCian
First cycle IUI
Hi..musim PKP byk menunda masa saya buat checkup untuk persediaan hamil. Saya & suami buat keputusan untuk melakukan rawatan kesuburan di hospital kerajaan setelah hampir 4 tahun belum diberi rezeki mempunyai zuriat. Alhamdullilah, semua keputusan tiada masalah. Sperma suami pun normal, tiub saya tak tersumbat. Cuma sepanjang rawatan doktor kata saya ada PCOS sebab ubat hormon yg diberi lambat beri respon. 3 kali buat TVS (transvaginal scan) last scan tu akhirnya ada sebiji telur folikel membesar 18mm (sesuai utk persenyawaan). Hari ini 14/10/2021 saya buat IUI dengan sebiji shja telur. Apa yg saya nak cakap, saya x mengharap sebab doktor da inform peratus kejayaan sgt rendah berbanding IVF. Saya da set fikiran kena positif dgn apa result menanti. After 2 minggu missed period..kena buat check up UPT. Doakan saya mudah²an Allah beri rezeki zuriat tahun ne. Insyaallah..aamiin 🤲🏻