Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Excited to become a mum
Anak 1y2m susah sangat nak makan.
Anak saya 1 tahun 2 bulan susah sangat nak makan. Saya dah cuba pelbagaikan texture termasuk la kembali pada makan lembut seperti bubur. Tapi dia tetap tolak. Hanya makan 3-4 sudu kemudian dia akan geleng kepala tanda tak mahu, larikan diri, kalau masuk juga makanan dalam mulut dia akan luahkan semula. Tapi bila saya sua biskut , keropok atau benda tak sihat yang lain, dia makan. Atau bila saya geram sangat sebab yang keliling selalu cakap ‘dia dah kenyang tu.’ Saya akan suap jari saya atau sudu kosong, dan ternyata anak saya BUKA MULUT. Saya pun tk tahu dah nak buat apa. Untuk makluman anak saya susu FM full . Dan saya juga sudah kurangkan oz nya, tapi melihat pada gaya dia yang susah makan ni, saya naikkan balik oz sebab saya tak mahu dia lapaar. 😢 Ada pengalaman ibu-ibu yang lain? Minta pandangan atau tips. Terima kasih
Puasa Waktu Mengandung
Boleh tak kalau puasa time mengandung dan nak tahu bila kita rasa waktu yang tak boleh nak puasa tu? Maksudnya mungkin kita boleh tahan lagi lapar dahaga tu, tapi actually tu tak baik untuk baby. Boleh tak nak tahu kalau ada ibu-ibu yang sebelum ni pernah mengandung time puasa ?