Nabilah Nasrol profile icon
VàngVàng

Nabilah Nasrol, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Nabilah Nasrol

Got a bun in the oven

Bài đăng(6)
Trả lời(58)
Bài viết(0)

6 weeks 1days

Haii semua. saya nak story sebagai memory untuk diri saya, maaf kalau rasa kotor dengan gambar tuu, saya tak cuci. Risau dan entah laa nak cakap macam mana. 6w1d usia kandungan, gugur. Menangis sakit Allah jaa tau. Time saya gugur tuu hujan turun lebat macam Dia faham hati ni. Menangis call suami, abang, ayah, mak. Abang saya paling sedih sebab dia paling excited beli baju barang baby dan bila dia dapat berita ni dia berkurung dalam bilik nangis. Masa tuu my family ada majlis di rumah(kedah) kacau bubur asyura. Fyi, saya orang kedah pindah duduk johor ikut suami kerja, suami orang kelantan Malam jumaat 19/8 keluar spoting coklat. Fikir maybe penempelan laa sebab dah pukul 12 lebih nak tidur. Sabtu 20/8 pukul 6 pagi nak solat subuh saya rasa basah, check rupanya bleeding macam period, saya pergi klinik swasta sebab masa tuu bleeding biasa, darah tak banyak sampai tukar pad 3 4 keping. Just 1 keping pagi dan malam. Doc cakap dinding rahim tebal maybe tuu first penempelan, dan rahim kosong. Saya balik rest, ahad 21/8 rasa tak sedap hati, pergi klinik kerajaan, jumpa doc, doc test darah dan on the spot terus buka bawah, doc sahkan baby dah di bawah. Dia tf ke hosp jarak hanya 1km dari klinik, doc buka bawah check apa yg patut dan doc cakap suspect ectopic, terpaksa refer jumpa pakar puan, naik ambulan sekali lagi ke hosp sultanah aminah. Masa dalam ambulan, ada nurse yg dh khidmat berpuluh tahun agaknya sebab nampak tua, dia ada pesan kalau libatkan preggy jangan pergi klinik swasta sebab doc tak alert sangat, asyik nak cepat saja. Sebab dia dah jumpa kes ramai macam tuu. Ada kes kakak tuu dah arwah pun, sebelum arwah dia macam saya oergi klinik swasta doc sahkan dinding rahim tebal, dia balik rest. Dia rasa sakit sangat baru pergi hosp, sampai kecemasan, rebah dan meninggal. Saya trauma dah masa tuu sebab doc suspect saya ni ectopic, sampai ja HSA kena marah dengan pakar sebab saya tak alert benda macam ni. Saya taktau pun sebab ni anak first yaAllah😭. Kena tahan semalaman dan kena puasa. Fyi, saya tak makan dari pagi ahad, masuk hosp buat muka takmalu minta makanan kat nurse, dapat makanan pukul 3 petang dan kena puasa sampai ke 9 pagi hari isnin22/8🥺. Tengok patient katil sebelah bestnya dia makan😂. Doc suruh balik sebab bhcg rendah. doc suruh test bhcg 23/8 pula means esok laa😌. Pagi 23/8 pukul 11.08 pagi rasa sakit ya Allah, pinggang rasa nak patah. Rasa sesuatu keluar dari bawah, check rupanya sikecil ni dh keluar. Letak dalam plastik. pukul 4 petang sampai hosp sultanah aminah tunjuk dekat doc pakar, doc suruh scan dan buka bawah. Doc sahkan memang tuu baby dan buat urine test, negetif. Dia suruh balik dan akan test bhcg 30/8 pula. Ikut kiraan buka bawah 10 kali penyepit keluar masuk masa proses nak keluarkan si kecil ni. Dia degil nak keluar sendiri rupanya😂. Doc tak bagi balik anak saya. Mak ayah bising sebab kalau ikutkan kena tanam. huhuu🥺. Entah laa. saya down sangat sebab baby first kan. Doakan saya semoga kuat. #BabyFirst #Tengahpantang

Đọc thêm
6 weeks 1days
 profile icon
Viết phản hồi