Mar Miasawa profile icon
ĐồngĐồng

Mar Miasawa, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Mar Miasawa

Excited to become a dad

Bài đăng(2)
Trả lời(10)
Bài viết(0)
👉cuci pakaian baby asing, guna air panas letak garam sikit rendam semua cadar, sarung bantal, pakaian baby, pakaian kita sendiri, cuci rumah guna klorox dan fokus kat tempat kita selalu tidur dengan baby. nurse sarankan cuci scrubbing yang macam restoran tu, main simbah time closing malam, cuci bersih dinding, lantai seluruh rumah. sofa tilam bangku yang tak dapat dicuci tu jemur. make sure pets dikurung dan bebas dari kutu sebab kutu yang trigger scabies ni, dorang cakap la, saya anggukkan jela. Ada juga doctor yang suggested buang je pets, kesian la pula nak buang huhu. kitonyo sayang binatang. dorang ada bagi ubat suruh sapu kat seluruh badan dari bawah telinga sampai toe, seluruhnya, jangan di skip, macam losyen, penggunaan 1 kali seminggu dan ubat tu tahan 2 kali pemakaian. selepas seminggu sapu lagi ubat tu. jangan lupa, memang dalam tempoh seminggu tu memang ada appointment dengan doktor and nurse, harap bertabah sebab dorang concern dan terlebih 'kamboh' dari kita yang mak² jaga anak haha dan siap kerumun baby kite lak nak tengok belek² tempat gatal tu. journey nak berkemas tu yang payah, penat kalau buat sorang, angkut keluar semua barang nak jemur, belum lagi part jerang air panas berbaldi untuk cuci rumah, next tu nak rendam kain bebanyak. demi anak kita kuatkan semangat membersih semua tu dan berharap sengsara bergaru ni akan berakhir. saya seriau bila nurse kata nak visit rumah, nanti ada yang tak kena macam tak bersih ke, cross contamination ke, benda ni salah benda ni buang, tu yang taknak tu. kita harus rajin okay mak² sekalian. it's all about hygiene ya guys. saya dah kena, dan saya taknak kena lagi, uish 'jerakkk' woo kena scabies, bergaru sampai luka wlaupun 'nyaman' bergaru sengsara juga tidur malam, tak nyenyak tidur, lagi² baby, kalau dah gatal memang menangis nonstop, merengek je manjang, kalau dia pandai cakap mak saya gatal okay lagi haha hujung² kita juga stress tak cukup tidur. oh ya, nak tahu scabies tu macam mana, google je moms sebab saya lupa ambil gambar hehe. ubat untuk scabies ada dijual kat pharmacy tapi penggunaan harus rujuk doktor dulu, takut overdose pula, naya pak karim.
Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi