Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Dreaming of becoming a parent
Baby tolak susu sebab tukar puting
Hi mommy, sapa ada pengalaman baby tolak susu sebab tukar puting. Baby saya guna puting hegen slow flow dari umur nb - 6 bulan (semasa dia masuk 4 bulan sepatunya beli medium flow tapi saya tersilap beli slow flow jadi saya teruskan dia puting slow flow sampai 7 bulan). Sekarang dia 7 bulan saya baru tukar ke fast flow tapi lepas tukar ke fast flow dia tolak susu & tak nak minum susu disebabkan puting. Soalan saya : 1. Apa menyebabkan baby tolak puting walaupun jenama yang sama? Adakah sebab lubang puting? Atau baby tak selesa? 2. Baby dah 7 bulan kalau masih bagi puting slow flow boleh ka sebab fast flow dia reject?
Baby 7 bulan cirit birit & demam disebakan alergik makanan
Hi mommy, saya nak tanya mommy yang ada pengalaman anak alergik makanan. Baby saya 7 bulan cirit birit & demam disebabkan alergik makanan. Dah jumpa dr pakar kanak-kanak, dr dah bagi ubat, air garam & suruh tukar susu lactose free selama 10 hari. Alhamdulillah selepas jumpa dr, anak saya semakin baik. Demam hanya 2 hari sahaja & semakin aktif tetapi harini dah masuk hari ke 5 anak saya masih cirit birit tapi cirit birit yang berkurangan tak seperti hari pertama-ketiga. Anak saya akan cirit birit selepas dia minum susu & minum air garam. Saya tukar susu anak saya (Similac lactose free) Soalan saya : 1. Bila baby akan berhenti cirit birit, adakah selama 10 hari? 2. Adakah susu tidak sesuai untuk anak saya disebabkan itu selepas minum dia terus cirit birit? 3. Susu Similac lactose free cepat kenyang ka? Sebab anak saya hanya nak minum 2oz sahaja & akan minum lagi tunggu dalam 3/4 jam. Sebelum ni dia minum frisolac dalam 5/6oz setiap 2 jam.