Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Nurturer of 1 energetic cub
Selamat bersalin. Due 29/7
Setelah 5 hari berkampung di wad alhamdulillah saya dah selamat bersalin. Induced belon sudah, induced drip sudah. Jalan masih stuck 3cm. Terpaksa czer, baby berat 3.8kg boy jam 3.13am selamat keluar. Due date 29/7, bersalin pada 20/7. Dua-dua cara saya dah alami, melahirkan normal dan czer ternyata melahirkan czer lagi sakit dan susah nak bergerak bagi saya. Epidural 2x, ubat tahan sakit tak usah cerita berapa banyak saya terpaksa ambil. Saya doakan ibu yang masih menanti dipermudahkan segala urusan. Benarlah janji Allah, ibu yang mengandung dan melahirkan, pahalamu amat besar 🥰 sakitnya tak terkata.
Dah warded due date 29/7/22
Assalamualaikum doakan saya selamat bersalin hari Jumaat yang mulia ni. Due date 29/7 tapi dah masuk wad harini. Sampai hos bukaan dan 3cm. Ngam2 38w. Contraction on off dah lbh kurang 3 hari dan baby asyik mengeras. Baby dengar cakap mummy dia suruh keluar hari Jumaat nanti senang sebab ada babah di rumah jaga abg. Cuma tadi doc scan baby besar sikit anggaran 3.6kg. kalau x lepas bersalin normal, akan czer. Apa2 pun x kisah asalkan semua selamat. Saya doakan semua ibu di sini selamat melahirkan ❤️