TEKNIK PENYUSUAN IBU Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payudara ibu. Kebiasaan, posisi dan cara meletakkan bayi ke payudara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Langkah-langkah penyusuan Posisi 1.Pegang bayi rapat ke arah badan dan payudara ibu. 2.Pastikan kepala dan badan bayi lurus. 3.Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas. 4.Boleh memegangnya dengan perbagai cara asalkan merasa selesa. • Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi. • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati – hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas) Pelekapan • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati – hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas) • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi. • boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara. Tanda-tanda pelekapan yang salah Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi.Tanda – tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan: • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan. • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan. • Payudara mungkin bengkak. • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan. Gambar ke 2 (di bawah) bayi yang tidak melekap dengan betul boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet. Penilaian bayi menyusu dengan betul • Mulut bayi terbuka luas. • Dagu bayi menyentuh payu dara. • Bibir bawah bayi bergulung keluar. • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas. • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam. • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu. Apa yang berlaku ketika mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul. Petunjuk: Gambar pertama 1.Puting 2.Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola. 3.Lidah bayi 4.Payu dara 5.Tekak bayi #TAPx59S
Đọc thêmEMPAT TIPS PENYUSUAN 1. Persediaan payudara Untuk memastikan bayi dapat menghisap susu dengan melekap dengan betul pada payudara ibu 2. Persediaan mental dari segi emosi Untuk memastikan ibu yang pertama kali menyusu bayi dapat menyediakan mental dan emosi dalam situasi yang tenang dalam proses untuk mempelajari menyusu bayi dengan penuh kesabaran dengan pelbagai proses. Selain itu ibu perlu rehat yang cukup untuk memastikan penyusuan untuk bayi dan segala keseluruhan yang diperlukan dapat berjalan dengan lancar. 3. Jenis puting yang perlu di fahami Puting payudara setiap ibu adalah tidak sama. Ada ibu yang mempunyai puting rata atau terbalik. Ibu perlu mengetahui teknik yang betul untuk memastikan bayi dapat lekap dengan betul pada payudara ibu dan mengelakan bayi menolak puting payudara kerana tidak dapat menyusu dengan betul. Jika bayi menolak puting payudara ibu perlu mencari alternetif untuk memberi bayi susu dengan pam susu letak di dalam botol. Jika tidak berjaya boleh mendapatkan nasihat dari pakar latasi atau pakar kesihatan untuk memastikan bayi dapat susu dengan betul. 4. Mengelakan makanan yang tidak elok Penyusuan perlu seimbang dan mengandungi kalsium dari tenusu iaitu susu atau yogurt. Ibu perlu mengelakan memakan makanan yang boleh menyebabkan bayi mendapat kesan sampingan seperti kafein dll melalui susu ibu. Bayi yang mendapat susu yang tidak elok dari permakanan ibu baby menjadi tidak sihat seperti cirit birit dll. Jika ibu ingin mengambil ubat perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Susu ibu merupakan satu sumber nutrien semula jadi yang terbaik untuk bayi yang disarankan oleh KKM. Kajian ada menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti obesiti atau diabetes. Jadi ibu-ibu jangan risau jika susu tidak ada atau ada apa-apa masalah boleh mengantikan susu bayi dengan mengguna FM (susu formula) tetapi perlu bertanya pakar kesihatan jika ingin menyusu bayi juga dengan susu ibu. #TAPx59S
Đọc thêmPENGALAMAN Pengalaman saya pada ketika baby telah di lahir nurse tunjuk ajar cara yang betul kepada ibu-ibu yang telah bersalin dengan cara yang betul. Selepas itu kita perlu prektis untuk memastikan bayi kita dapat susu dan lekap dengan betul pada payudara agar bayi dapat sedut susu dengan sempurna. Selain itu cara pegang bayi untuk menyusu. Pengalaman pertama sebagai ibu untuk susu bayi kembar amat bermakna dan pengalaman yang luar biasa. #TAPx59S
Đọc thêm