




Hamil pada usia 40 tahun, adalah sesuatu yang saya cuba elakkan, namun siapa kita menolak takdir.
Bersalin pada Oktober 2023 lalu saya rasakan seperti kehamilan terakhir, namun tak sangka, kaedah perancang keluarga yang biasa saya guna sebelum ini tak berjaya. Salah sendiri juga, bergantung pada 1 cara semulajadi iaitu menyusu sepenuhnya. Sekarang kandungan dah masuk 8 bulan, dan saya rasa saya dah tak sekuat dulu, dgn umur yang lanjut, gdm with diet control, low hb topup iberet dgn ferrous fumarate 2 biji. Masuk minggu ni, doktor dah mula bincang mode of delivery. Terus terang saya tak yakin mampu meneran. Lagipun saya dgn suami setuju nak ikat peranakan, jadi mungkin akan bersalin secara elective LSCS. Cukuplah kelahiran ke 5 ni jadi penutup keluarga kami. Itu saja perkongsian saya. Ada ke sesiapa di sini di situasi yang sama dgn saya? #hamil40tahun #highriskpregnancy
Đọc thêm



