Mual & rasa nk muntah tp muntah tak nak keluar

Wife sy sdh masuk week 13 hampir mau week 14 skrg. Keadaan morning sickness ada byk ok berbanding sebelum ini. Tp kadang kala masih rasa mual dan nk muntah tp muntah tak nak keluar. Selagi muntah tak keluar tu mmg rasa tak selesa sepanjang hari. Adakah keadaan ini normal? Ada apa2 tips yg boleh membantu utk keadaan ini? Terima kasih. #firstdad #firstmom #ingintahu

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ya, keadaan mual dan rasa ingin muntah tanpa muntah yang teruk adalah perkara yang agak biasa semasa mengandung, terutamanya pada trimester pertama seperti yang sedang dialami oleh isteri anda yang hampir memasuki minggu ke-14 kehamilan. Ini biasanya dikenali sebagai morning sickness. Walaupun ia mungkin terasa tidak menyenangkan, namun ia merupakan fenomena yang biasa dan kebiasaannya akan berkurang apabila masuk ke trimester kedua. Terdapat beberapa tips yang mungkin membantu mengurangkan gejala ini: 1. Makan secara kecil-kecilan tetapi kerap. Cuba elakkan perut kosong kerana ia boleh meningkatkan kecenderungan untuk mual. 2. Hindari makanan atau bau yang boleh memicu mual, seperti makanan berminyak, pedas, atau bau yang kuat. 3. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mencukupi tidur dan senaman yang ringan. 4. Cuba makan hidangan yang sejuk atau berperisa lemon, serai atau halia yang boleh membantu mengurangkan rasa mual. 5. Pastikan isteri anda banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Jika gejala ini terlalu teruk atau mengganggu kehidupan seharian isteri anda, adalah baik untuk berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan mungkin rawatan tambahan. Semoga isteri anda akan merasa lebih selesa tidak lama lagi! https://invl.io/cll6sd8

Đọc thêm
Thành viên VIP

ada org ia akan alami morning sickness hnya pd 1st trismeter shj..ada org akan alami spnjng kehamilan hingga dkt nk bersalin..depends pd body individu trsebut...stiap org journey pregnantnya berbeza..just njoy the pregnancy journey..mcm sy dlu alami morning sickness pd awal kehamilan msuk 2nd trismeter dh ok dh . alhamdulilah..cuma rs mcm nk muntah acah2 bunyi nk muntah tu jela kekdg terjd..ms gosok gg....mg dpmudahkan segalanya..Allahuma aamiin

Đọc thêm

sy pun 1st baby & alami benda yg sama. setakat ni sy minum yakult & tukar ubat gigi yg lain. ubat muntah pun kk ada provide tp baru sekali mkn. nampak sikit perubahan bila mkn minum jaga, ubat gigi pun tukar utk kurangkan rasa mual & muntah.

sy dah nk msuk 6 blan still mcam tu. sy elakkan situasi lapa or terlalu kenyang. waktu perut kosong jgan minum susu. waktu perut penuh jgan byak bergerak. tggu beberapa minit.

saya smpai 5 bulan morning sickness.. boleh try mum air sunquick tanpa gula untk hilangkan mual

boleh jadi jugak disebabkan angin . pregnant selalu memang akan ada angin

normal ada yg Alah lama, ada yg Alah skjap

normal..

Angin agaknya tu..