solat jangan tak solat

Wanita mengandung & solat semasa sakit kontraksi. Wajib ke solat kalau dah keluar tanda-tanda nak bersalin seperti; 📌 keluar mucus (warna kekuningan spt hingus) 📌 bloody show 📌 pecah ketuban Jawapannya YA & ia masih WAJIB! Hal ini kerana darah atau cecair yang keluar itu bukannya darah wiladah (nifas) & ini bermakna anda belum lagi dalam hadas besar yang membolehkan anda untuk tidak bersolat. Darah yang keluar sebelum anda melahirkan anak adalah darah istihadhah. Ia termasuk dalam kategori bukan darah haid mahupun darah nifas. Jadi bagaimana hendak solat jika diri anda telah mengeluarkan 3 tanda itu? Bersihkan ia sama spt syaratnya kita membersihkan najis, dgn hilang bau, rasa & warna. Kemudian pakailah pad / pantyliner sbb kemungkinan ia akan terus keluar & mengotori pakaian utk bersolat. Kemudian, ambil wuduk dan solat sesegera yang boleh dan jangan bertangguh, solat seperti biasa & ikut kemampuan. Kalau larat solat macam biasa, berdiri, solat macam biasa. Kalau tak mampu, boleh duduk. Dan jika tidak mampu duduk, berbaringlah, yang penting solat. Suami, peranan anda ketika ini amat penting, anda perlu pastikan isteri anda boleh melakukan solat. Bantu dia utk ambil wuduk, pakaikan telekung atau tutupkan aurat isteri, boleh juga gunakan selimut atau cadar yg bersih, jika tiada telekung / tudung. Yang penting tutup aurat. Jika ada darah keluar semasa anda sedang bersolat, ia dimaafkan dan solat itu sah. Malah, wuduk wanita yang beristihadhah sah untuk satu solat fardu dan beberapa amalan sunat lain. Sampai bila solat itu wajib dilakukan? Sehinggalah anda bersalin, dgn keluarnya darah wiladah atau nifas. Ketika inilah anda berhadas besar. Dengan yang demikian, anda tidak perlu lagi menunaikan solat. Doalah pada Allah agar ketika kita sakit bersalin itu ia tidak menghalang kita utk bersolat. Sungguh, Allah Maha Mendengar. 😊 Jadi, dah tau, jangan ambil mudah ya. Islam itu mudah, tapi jangan kita sengaja mudah-mudahkan. Buat para wanita yg akan melalui fasa ini, moga dipermudahkan segalanya. ❤️ KREDIT EMPUPUYA ARTIKLE: Hidayatul Ismail

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

semasa solat kalau jd kentut vagina... Masih sah ke solat tu? 35week ❤️

2y trước

kalau ikut mazhab syafie batal wudu'