Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic

Topik: Tanya soalan tentang demam, punca demam, tip untuk elak anak sakit dan rawatan demam berkesan Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Namun apabila anak demam, ibu ayah pasti akan rasa resah. Mengapakah demam boleh terjadi? Apakah simptom ibu bapa perlu tahu? Apakah cara betul untuk menggunakan termometer? Bilakah anak perlu berjumpa dengan doktor dan apakah tanda-tanda amaran yang ibu ayah perlu kenal pasti? Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, ataupun anak anda ada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Ibu dan ayah wajib tahu segalanya mengenai demam, termasuk bagaimana untuk menghalang anak-anak jatuh sakit apabila mereka hadir ke sekolah. Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis penyakit seperti demam, selsema mahupun batuk yang sering dijangkiti oleh anak-anak yang ke sekolah? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, dan tanya segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ap.braunhealthcare.com/.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic
27 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hi doc... 1. Bagaimana saya nak kira sukatan ubat demam untuk kanak-kanak berusia 8tahun? 2. Bayi bawah 6m bolehkah diberikan ubat demam? 3. Berapakah temperature yang sepatutnya dikira sebagai demam? 4. Selepas 3 hari demam tak baik, wajibkah untuk diambik darah? 5. Selain beri ubat demam, apakah cara lain yang boleh saya buat untuk kurangkan demam anak? Tq doc.

Đọc thêm
4y trước

Selain daripada ubat demam, cara berikut boleh digunakan untuk bantu suhu badan turun. - Biar anak berehat secukupnya - Minum air dengan banyak untuk kurangkan risiko dehidrasi - Tuam kepala dan badan dan bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. - Jangan pakaikan pakaian yang tebal atau selimutkan badan anak **Maaf ya, jawapan terlalu panjang maka terputus