Morning sickness

Any tips on how to reduce morning sickness? Like any vitamins or food? Cause im on bed all day and have to take a break from work as i cant concentrate.

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

C&P Dr Rusyainie Ramli MABUK KETIKA HAMIL & HYPEREMESIS GRAVIDARUM Loya dan muntah ketika hamil tak sama dengan hyperemesis gravidarum. Simptom loya dan muntah atau mabuk ketika hamil ni sangat biasa berlaku di kalangan wanita yang mengandung. Selalunya ia bermula ketika usia janin masih seawal 4 ke 7 minggu. Dan biasanya akan hilang ketika kandungan mencecah 12 ke 14 minggu. Tapi ada wanita yang terpaksa melalu simptom ni untuk jangka masa yang lebih lama. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai morning sickness. Tapi ia tak semestinya berlaku pada waktu pagi. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa. Mabuk semasa hamil ni biasanya tak memudaratkan pada janin. Punca berlakunya morning sickness ni dikaitkan dengan hormon hCG yang dihasilkan oleh placenta semasa mengandung. Tapi mengapa sesetengah wanita mengalaminya lebih teruk berbanding yang lain, tu tak boleh dipastikan. Simptom ni lagi kerap terjadi pada wanita yang 1. Pernah mengalaminya pada kehamilan sebelumnya. 2. Mengandung kembar 3. Kandungan molar. Yang penting, kalau wanita mengalami simptom mabuk ni, pergi jumpa doktor untuk pastikan ia tak disebabkan penyakit lain yang ada simptom yang lebih kurang sama. HYPEREMESIS GRAVIDARUM Kalaulah loya dan muntah tu jadi tersangat teruk sehinggakan pesakit tu dehidrasi dan hilang berat badan yang ketara, maka itulah hyperemesis gravidarum. 1 hingga 3 dalam 100 wanita hamil mengalaminya. Simptom dehdrasi yang dihadapi oleh wanita ialah 1. Dahaga atau tekak kering 2. Badan rasa lemah 3. Warna urin bertukar ke warna kuning pekat atau perang Wanita hamil perlu dimasukkan ke hospital sekiranya dia mengalami dehidrasi akibat muntah yang berterusan dan dia tak boleh langsung nak minum atau makan apa-apa pun untuk rawatan lanjut. Hyperemesis gravidarum boleh berlanjutan sehingga kandungan berusia 20 minggu. Ada juga pesakit yang mengalaminya sehingga habis tempoh mengandung. Loya dan muntah masa mengandung boleh mengundang masalah bila ia mengganggu tugas harian. Sebab mabuk tu, mulalah mood pun tak menentu. Nak menguruskan rumah tangga lagi dan yang bekerja pun semestinya tak mampu nak tumpukan perhatian dan laksanakan tugas. Kalau hyperemesis gravida berterusan, ada risiko untuk bayi lahir kurang berat dari sepatutnya. Tetapi ini jarang berlaku namun pastikan wanita hamil mendapat rawatan susulan dengan doktor ya untuk memantau perkembangan janin. Cara nak menangani mabuk ketika hamil: 1. Makan dengan amaun yang sedikit tapi kerap. Makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah lemak biasanya lagi mudah diterima oleh pesakit. 2. Elak apa juga makanan atau minuman yang buat simptom lagi teruk. Ada wanita hamil, bau makanan atau minuman pun dah tak boleh nak tahan. Maka kalau boleh jauhkan diri dari semua tu. Kalau simptom tak boleh dikawal sendiri, silakan berjumpa doktor untuk kita preskripsikan ubat-ubatan yang betul dan yang selamat untuk janin. Dalam menghadapi mabuk ketika hamil dan hyperemesis gravidarum, sokongan moral dan fizikal dari suami dan ahli keluarga sangat diperlukan. Mungkin masa ni tak mampu nak masak sendiri kerana tak tahan bau makanan atau makanan tertentu, maka kenalah cari alternatif lain. Yang penting, kerjasama dan timbang rasa. Berbalik kepada status doula duli cikebum ni, saya nak pesan. 1. Makan secara sihat mesti diamalkan sepanjang hayat. Tak kiralah mengandung ke tak. Lepas bersalin dalam pantang pun kena makan dengan kuantiti yang betul dan dengan pelbagai jenis. 2. Mabuk ketika hamil tidak disebabkan oleh cara makan. Kenapa jadi morning sickness saya dah sebut sebelum ni. Jadi, ajaran sesat tu sila simpan sendiri. Saya masih tak boleh faham kenapa ada wanita yang buta mata, pekak telinga dan gelap hati boleh terpedaya dengan doula duli cikebum yang belajar akaun, tapi kemaruk kempunan sangat nak jadi pengamal perubatan.

Đọc thêm

Promo terbesar expert care sudah dimulai, diskon hingga Rp.100.000 sedang berlangsung di shopee, ada juga voucher diskon 100% alias gratis bagi bunda yang beruntung. Buruan cek di https://shope.ee/9UfEMMqqTg (id-56878)

Thành viên VIP

Standby kurma dekat dengan your bed. It helps alot! And try to drink Ribena. Whenever you lapar , you try makan sebiji kurma.

Bangun pagi terus makan biskut tawar jacob tin kuning tu.sgt berkesan utk serap asid perut.

as I knew... u can eat 1 pcs cracker in the morning and 1 pcs at night..

try candy or something sour.