Terjeluak atau muntah terutamanya kepada bayi adalah sesuatu yang normal. Secara amnya jika bayi membesar dengan baik, dalam keadaan selesa dn tiada masalah pernafasan ianya adalah normal.
Apabila bayi meminum susu, ianya akan turun ke tekak ke kerongkongan dan kemudian perut.
Esofagus disambungkan ke perut oleh satu cincin otot yang disebut "lower esophageal sphincter".
Sphincter ini terbuka untuk membiarkan susu masuk ke dalam perut dan kemudian akan segera ditutup tetapi "pintu perangkap itu" tidak tertutup sepatutnya bagi bayi sehingga bayi berumur kira-kira 6 bulan.
Oleh kerana itu, ianya menyebabkan susu tersebut terkeluar balik.
KENAPA ?
1. Menelan udara semasa penyusuan
2. Minum susu terlalu banyak
3. Sensitive atau alergi
Step-By-Step
1. Sendawakan bayi
2. Susukan bayi kerap dengan amaun yang kecil.
3. Tinggikan kepala bayi selepas menyusuan.
WARNING if (sila hubungi pakar pediatric)
1. Bayi berterusan muntah-muntah
2. Muntah berwarna kemerahan (darah) hijau atau kuning.
3. Tiada tumbesaran bayi dari segi penambahan berat badan dan pengurangan berat badan.