zikir
TENANG DENGAN ZIKIR DI KALA STRESS Persaingan dalam kehidupan moden menyebabkan tekanan perasaan atau stress berlaku tanpa kita sedari. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi, tahap gula dalam darah meningkat, proses pengoksidaan dan keradangan berlaku dan mungkin berlakunya mutasi pada DNA sel dalam tubuh sehingga menyebabkan kanser. Di saat stress yang berlebihan, degupan jantung meningkat, kita rasa tidak selesa pada perut, rasa mahu muntah dan berpeluh-peluh. Banyak-banyaklah membaca "hasbunallah wa nikmal wakil" atau "lau haula wala quwata illa billah" dengan keyakinan pasti Allah akan menolong, memenuhi keperluan dan merungkai kesempitan di dalam dada kita. Tiada apa yang lebih tenang apabila kita sentiasa mengikati Allah SWT yang mencipta dan mengaturkan segalaNYA. #sihatdgnimandanibadahdrzubaidi


