Tiap kali fikir negatif istighfar banyak2, lagi2 masa sorang2.. Cari hobi untuk buang fikiran negatif, macam saya, saya mula mengait buat topi baby (walaupun tak siap2 lg 🤣), kadang2 saya print lukisan saya mewarna.. Saya berlainan dengan sis, saya awal2 pregnant harap saya meninggal masa melahirkan sebab saya stress dengan anak tiri, terlalu degil.. Tapi lama2 saya buat hobi saya, banyakkan istighfar, alhamdulillah sekarang dah ok.. Kalau suami ada kat rumah atau masa dia balik keja, pi peluk dia lama2.. Tenang ja bila peluk suami, nak nangis pun nangis dekat dia.. Kuat tau awak, baby boleh rasa awak stress, jadi awak cuba happy kan diri, inshaAllah semua akan ok2 ja.. Ingat yang ramai sayang kat awak
Anonymous