Scan 24w 😊
Tadi scan doc cakap berat baby 700g😅 risau terlebih berat tp doc cakap tidak apa, itu biasa😊 bila tgok scan doc cakap boy, harap2 betul lah 🙏😇 sebab sblm ni smua gegurl 😂ibu2 tgok mcm mna pulak, gurl ke boi?? haritu scan tak dpat doc tgok gender dia 😅 cuma masalah mummy dia skrng Hb masih low lagi..bln lepas 10.4, hari ini naik 10.5 😅 adoii..habis cara utk naikkn Hb..
Alhamdulillah, tahniah ye 😃👏🏻👏🏻. Untuk naikkan bacaan hb, saya suggest sis makan ubat yg kk provide untuk ibu mengandung sekali dengan vitamin C Untuk vitamin c pula, macam saya, saya bancuh air limau kasturi sejag setiap hari dan simpan dalam peti. Saya minum setiap kali dahaga, dan paling penting setiap kali lepas makan vitamin yg kk provide. Macam saya, saya makan zincofer dan iron tablet. Pasal minum air limau tu, nurse kk yg suggest kat saya. Sebab boleh tingkatkan penyerapan vitamin kk bila ambik dengan apa2 vitamin C. Contoh air limau. Saya in sepanjang 1st, 2nd dan 3rd trimester kena anemia in pregnancy (bacaan hb less than 10). Tapi alhamdulillah, lepas amalkan minum air limau kasturi lepas makan zincofer dan iron tablet, bacaan hb saya naik walaupun masa tu dah 3rd trimester, alhamdulillah sangat. Saya no longer anemia in pregnancy. Sis boleh lah try minum air limau kasturi macam saya. InsyaAllah bacaan hb naik 🤗 Selain tu elakkan makan vitamin kk bersama susu /teh/ milo. Kalau nak minum susu, 2 jam sebelum atau selepas makan vitamin kk. Nurse pernah bgtau saya yang susu tu menghalang penyerapan vitamin kk jika diambil bersama. Teh, kopi semua kalau boleh elakkan especially untuk kita yg anemia in pregnancy ni. Selain tu saya amalkan juga makan makanan yg bantu tambah darah 😊. Semoga dipermudahkan urusan dan bacaan hb sis naik selepas ni. Aamiin 🤲🏻 #TAPsupermoms
Đọc thêmSaya minum Tamat Milk. Susu kurmaa. Dari 10.4 naik 11. 1. Semalam 11.1 naik 12.2.. Cuba la mnum.. Huhu