Menyusu anak
Sy nak tanya salah ke sy menyusu anak guna botol tp guna susu badan. Suami sy asyik persoalkan sy pasal ni. Dia rasa sy tak pandai menetek anak. Sy da check tanya nurse betul ke position menyusu anak, nurse ckp betul, tgk pada baby jugak. Nurse ckp janji bg anak minum susu tak kisah nak menetek ke bg botol ke. Sebab anak sy ikut angin nak menetek ke tak. Kadang menetek okay. Kadang nak botol juga. Anak sy baru sebulan. Dia iugr baby. Masa lahir 36 minggu kecik berat 1.82kg. Baby menetek kejap mcm susah dia nak minum sbb nurse ckp puting sy besar sgt tp mulut baby kecik huhu. Sy pon ada campur susu formula mmg start tu guna botol lah. Sy pelik betul dgn suami sy. Sy ckp janji baby cukup minum membesar sihat. Dia seboleh2 suruh menetek jgk. Baby pon ikut mood, takkan sy nak biar baby menangis paksa menetek. Benda mcm ni pon boleh buat gaduh huhu. Stress rasa