Sedih tak tahu la kenapa

Sy keguguran 6weeks..masa dpt tau pregnant hnya suami je yg tau.family semua tak tahu sbb masih baru lg. lpas keguguran, kebetulan family ada ajak jalan2 jd sy terpaksa beritahu mak baru lepas keguguran. Nak pendekkan cerita, kakak ipar pun tahu dan tegur sy.."mcmna boleh gugur?ganas sangat kot"awal2 tak bole bsama ganas2" sambil riak muka serius mcm nak marah kt sy.tersentap jugak la sy masa tu..sy cuma jawab 'mgkin blum rezeki lagi,janin tak kuat. sy pun masih ttc 1st baby..ipar lain smua da beranak2 kita je perut tak membesar2 lagi😢tp tak tau la kenapa sedih sgt dia soal mcmtu sampai ke harini terbayang kata2 tu😭#luahanhati

25 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Mengurangkan risiko keguguran pada pertengahan kehamilan (midtrimester loss) dan kelahiran yang tersangat pramatang (extreme prematurity). Kebanyakan keguguran pada 3 bulan pertama tidak boleh dielakkan. Ini kerana lebih dari 70% adalah disebabkan oleh BAKA benih yang telah mengalami kerosakan sebelum persenyawaan. Di antara yang kerap gugur pada 3 bulan pertama dengan sendirinya termasuklah Downs Syndrome, Edwards Syndrome, Patau Syndrome, Turner Syndrome, Triploidy dan banyak lagi masalah kerosakan baka lain yang hanya terjadi kepada benih yang dipersenyawakan. Ini bukan masalah keturunan. Ini hanya masalah kerosakan yang didapati dalam lebihkurang 10% telur yang dikeluarkan oleh ibu. Jadi jangan salahkan apa ibu makan atau apa ibu buat. ‘Stress’ tidak menyebabkan keguguran ini. Dan tidak ada istilah ‘rahim tak kuat’ pada 3 bulan pertama kehamilan. Jangan percaya cakap penjual produk. ——————————————————————— Bila sampai ke 4-5 bulan, ada beberapa punca keguguran yang berlainan. 1) Ada janin mengalami kecacatan yang teruk dan akan gugur. 2) Ada yang gugur sebab jangkitan kuman atau parasite seperti contoh salmonella dari telur mentah/ telur separuh masak atau ayam tak masak, toxoplasma, demam campak measles, demam campak Jerman Rubella, demam denggi berdarah (Congenital infection) 3) Ada keguguran disebabkan masalah perubatan ibu yang tidak terkawal seperti kencing manis yang tidak terkawal, penyakit autoimmune yang tidak terkawal, penyakit lemah jantung yang serious. 4) Ada yang gugur sebab kehamilan kembar, terutamanya bila kembar tiga, kembar empat lima enam (Higher order multiple pregnancy) 5) Ada yang gugur sebab pangkal rahim yang lemah. Ini lah CERVICAL INSUFFICIENCY. Jika kehilangan berlaku apabila berat bayi sudah mencapai 500g atau 22 minggu kehamilan (iaitu lebih daripada 5 bulan), inilah kelahiran yang tersangat pramatang dan bukan lagi digelar keguguran, sebab bayi ada peluang untuk hidup, walaupun hanya sebentar. ———————————————————————- Kelahiran sebelum 37 minggu ialah pramatang yang berlaku kepada 7%-10% kehamilan bayi tunggal (singleton). Kelahiran sangat pramatang ialah sebelum 32 minggu dan ini berlaku kepada 1-2% kehamilan yang tunggal. Mereka memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (Neonatal Intensive Care Unit). Kelahiran yang tersangat pramatang yang berisiko tinggi kematian ialah sebelum 28 minggu. Jika anda pernah melahirkan anak yang matang, risiko anda melahirkan anak pramatang pada kehamilan masa hadapan dikurangkan kepada 5%. Jika anda pernah melahirkan anak pramatang, risiko ini berulang pada kehamilan yang berikut akan naik kepada 20%. Risiko ini menjadi lebih tinggi lagi (27%), jika kelahiran pramatang yang berlaku itu terjadi sebelum 28 minggu kehamilan. Jika anda pernah melahirkan anak pramatang sebanyak dua kali, risiko ini berulang pada kehamilan yang ketiga akan naik kepada 40%. Risiko ini menjadi 57% jika kedua-dua kelahiran itu pernah berlaku sebelum 28 minggu. ——————————————————————- Hari ini kita tumpukan perhatian kepada cervical insufficiency. Terimakasih banyak-banyak kepada ibu ini kerana memberikan kebenaran untuk menggunakan kisahnya dan gambar ultrasound cervixnya untuk pendidikan. Ibu ini dibawa oleh pegawai perubatan untuk bertemu dengan saya di klinik High risk pregnancy saya pada 12 minggu, kehamilan yang ketiga. Kedua suami isteri ini sangat risau dan bercerita kepada saya mereka pernah mengalami keguguran pada pertengahan kehamilan (midtrimester loss) sebanyak dua kali. Kali pertama, air ketuban pecah pada 18 minggu kehamilan, dan kemudian gugur. Kali kedua, keguguran berlaku pada 21 minggu. Untuk penilaian peringkat awal, saya memastikan yang ibu ini tidak ada masalah perubatan, dan seorang wanita yang sihat dan tidak ada masalah jangkitan penyakit. Untuk penilaian peringkat kedua, saya memastikan tidak ada masalah kecacatan janin dengan Ultrasound scan pada 12 minggu kehamilan. Untuk penilaian peringkat ketiga, saya membuat ultrasound vagina di bawah (Transvaginal Ultrasound) untuk memastikan yang pangkal rahimnya (cervix) normal dan ukurannya 4cm dari bahagian dalam (internal os) ke bahagian luar (external os). Saya juga memastikan yang internal os benar-benar tertutup. Lihat gambar satu. Pada 12 minggu, cervix ibu ini normal. Inilah rupanya cervix yang normal, bentuk yang normal dan panjang, tertutup dari dalam ke luar untuk melindungi janin di dalam kantungnya. Kita lihat bayi di dalam kantung di atas internal os yang tertutup. (Di dalam scan, air berwarna hitam, tissue isi badan yang lebih padat berwarna kelabu, tulang yang sangat padat berwarna putih) Kerana ibu ini berisiko tinggi untuk keguguran di pertengahan kehamilan atau kelahiran tersangat pramatang sebanyak 57%, saya membuat keputusan memberi rawatan yang terbukti untuk mengurangkan risiko ini. Rawatan yang saya berikan ialah micronised progesterone berdose tinggi setiap hari yang boleh mengurangkan risikonya sebanyak 32%. Walaupun tidak boleh mencegah kelahiran pramatang 100%, ia juga terbukti mengurangkan masalah pramatang jika bayi masih juga dilahirkan pramatang. Saya bawa ibu ini kembali ke klinik saya pada 16 minggu kehamilan untuk memantau cervix (cervical assessment) dengan transvaginal Ultrasound. Tetapi kali ini, walaupun ibu ini telah mengambil rawatan, saya lihat ada perubahan yang sangat membimbangkan. Lihat gambar 2. Kita sudah tahu yang pada kehamilannya yang pertama air ketubannya pecah dan keguguran berlaku pada 18 minggu. Untuk kehamilan ini pula, dari 16 minggu saya lihat ukuran cervixnya sudah mula menjadi pendek ke 2.4cm (pada 12 minggu ukurannya 4cm), internal os nya terbuka luas, external os juga terbuka, dan yang lebih membimbangkan ialah jelas kelihatan kantung yang mengandungi air ketuban sudah turun ke bahagian external os. Sekarang ibu ini disahkan mempunyai cervical insufficiency, atau kelemahan di pangkal rahim yang tidak dapat menampung kehamilan ini. Sebab cervixnya pendek (kurang daripada 2.5cm), dan juga terbuka, risiko menjadi lebih tinggi untuk kelahiran pramatang atau keguguran di pertengahan kehamilan. Ketahuilah peranan cervix ialah menutup pangkal rahim untuk memberikan perlindungan dari kemasukan kuman bakteria ke dalam kantung bayi. Jika cervix terbuka dan kantung turun ke bahagian vagina atau faraj, inilah dinamakan ‘bulging membranes’ dan ia terdedah kepada jangkitan bakteria di dalam faraj. Ketahuilah yang faraj atau vagina wanita yang sihat memang ada banyak jenis bakteria yang seimbang dan tidak boleh dicuci atau dihapuskan. Keseimbangan bakteria ini penting, ada bakteria kawan dan ada bakteria lawan. Meruang boleh mengakibatkan lebih masalah jangkitan bakteria lawan dan jangkitan penyakit kepada wanita. Apa yang boleh menyebabkan air ketuban pecah dan keguguran ialah pendedahan kantung kepada bakteria di dalam faraj. Lihat gambar 3: Sekarang Plan B. Saya membuat keputusan membawa ibu ini masuk ke operating theatre pada hari yang berikut, untuk menolak masuk kantung yang mengandungi air ketuban itu kembali ke dalam internal os dan menutup cervix dengan kaedah Shirodkar Cerclage. Sekarang cervix yang tertutup dengan ketat seperti semulajadi memberikan perlindungan kepada janin di dalam kantungnya. AIR MANI TAK BOLEH MASUK, KEPUTIHAN TAK BOLEH MASUK. SEMUA BAYI BERSIH. Kami pantau pembesaran bayi dan kehamilan ini setiap dua minggu. Alhamdulillah sudah menghampiri 36 minggu. Minggu depan, insyallah, saya akan membuka jahitan Shirodkar Cerclage untuk membenarkan kelahiran yang normal. Birth plan yang saya sudah buat untuk ibu ini ialah menggalakkan perineal massage sebelum labour, suami sebagai peneman semasa labour dan bersalin, antibiotik semasa labour sebab ada bakteria GBS dalam faraj (didapati dalam pemeriksaan swab), ubat tahan sakit termasuk epidural jika ibu memintanya, tidak memecahkan air ketuban selagi progressnya normal, pemantauan denyutan nadi janin dengan CTG yang berterusan, bila cervix sudah buka penuh galakkan kedudukan yang tegak dengan menaikkan bahagian kepala katil, tidak membuat episiotomi jika tidak perlu, skin-to-skin, delayed cord clamping, active management of third stage untuk mencegah pertumpahan darah berlebihan, berikan suami peluang memotong tali pusat dan galakkan breastfeeding dimulakan dalam masa satu jam selepas bersalin. Ibu tak payah pun bawa birth plan ke wad bersalin. Tak payah telan VCO yang tidak terbukti berkesan, tak payah telan milo dengan mentega dan JANGAN TELAN TELUR MENTAH. Jangan beli ubat pelik-pelik dari penjual. Ini evidence-based medicine. Saya tak pakai testimonial punya. Marilah kita sama-sama doakan ibu dan bayi ini bersalin dengan selamat. Dr Imelda, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine.

Đọc thêm

Psl keguguran tu sume wanita mcm kite akn down.. Tmbah2 klau ade yg toxic.. Sy pon pernh gugur kndungan ke2 stelah 3thn sy merncang.. Mse tu usia kndungan 3bln,kntung kosong bby xde.. Sy tnye doc bole tau knape? Doc kata itu mksudnye janin xjadi, klau dia jadi pon mngkin xnormal .. Pastu doc kata itu dikatakn tiada rezeki, mcm mne kite jaga pon klau xde rezeki, tetap xde, klau Allah kata itu rezeki awk, mcm mne awk bt keje berat ke, rahim xkuat ke tpi klau rezeki, bby tu akn ade.. Lpas dgr ape doc bgitau, sy redha.. Ape yg org nk ckp sy bt pekak jee tpi mse sy gugur mmg sy down.. Lpas 1thn Allah bgi lagi rezeki, alhamdulillah.. Moga awk kuat ye, ape yg jdi ade hikmahnye.. 😘

Đọc thêm
Influencer của TAP

hii sis... faham sangat perasaan tu. cm sy pernah keguguran 6w keatas tahun lepas. bleeding lepas balik dari kerja. da lepas semua apa yg da jadi, masuk kerja cm biasa. mulut org biasa akan tanya, kenapa boleh gugur? rahim x kuat kot. x mkn ubat folik asid ke? sy malas nak bertekak sbb benda da lepas. last2 sy ambil keputusan utk resign dan suami pun izinkan. sy rehatkan minda, jaga emosi dan kesihatan. sy jauhkan vibes yang negatif. skrg alhamdulillah, sy pun da ada anak satu. sis jgn sedih2 taw. abaikan mulut org. sis kena jaga emosi dan kesihatan. jangan stress. doa yang baik2. insyallah ada rezeki untuk sis ❤️

Đọc thêm
Influencer của TAP

keguguran awal trimester selalunya sebab janin tak jadi, sebab ada masalah kromosom etc. sikit pun bukan salah awak atau suami. janin yang sihat, awak tak perlu puasa bersama pun, boleh teruskan hidup macam biasa dan dia tetap akan selamat, sebab lekapan dia kuat dalam rahim tu. jangan risau, jangan salahkan diri dan suami. semua yang jadi ada hikmahnya Allah dah tuliskan. abaikan kak ipar mcm tu, konon macam dia terpaling tahu semua benda. lepas ni kalau ada apa2, tak perlu cerita pada dia. bila cerita pada mak pun, pesan mak jangan cerita pada yang lain. untuk kesihatan mental awak sendiri.

Đọc thêm

sabar ye sis waktu saya tahu pregnant pun mmg happy sangat sampaikan bgtau semua adik beradik tapi bertahan bape hari je sebab terjatuh , kebetulan saya & kak ipar ngandung sesama lepastu saya pun cuba tiap bulan tengok period lambat ke tak tup tup lepas genap 8 bulan saya gugur , saya pregnant balik & skrg saya da 17 weeks , rezeki kita ada cuma cepat atau lambat je . sabar yee & biasalah mulut org kita hadap je mungkin dorng nk yg terbaik untuk kitaaa . sedih tu mmg sedih tapi kita cuba terima dngn hati yg terbuka ye 😘 awak kuat & cuba amalkan folid asid sentiasaaa

Đọc thêm

1st thing 1st. bukan slh awak dan suami. keguguran diawal kehamilan disebabkan janin tu sendiri tak jadi. sebab tu janin tu turun. ipar awak xde hak persoal mcm tu. kalau awak rasa sampai menganggu emosi awak. ajak la husband pergi bercuti. pergi berdua sahaja. tenang kan fikiran awak. jangan risau pantang gugur bukan mcm pantang bersalin. boleh baca dkt fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor ada share

Đọc thêm
12mo trước

x jgk sebb bersama blh gugur ipar awak ni melampau kak sye dari mengandung 1bln dah memang kerap bersama tp alhmdllh sampai besar jgk baby saje bkn rezeki akak lagi sabar kak kuat kn ht hadap ipar cemtu

siss.. saya yg baca pun rasa sakit hati. mulut kalau tak boleh ckp benda yg menenangkan org, baik diam saja. mcm mana kak ipar awak tau punca gugur tu sbb awak bersama dgn suami?? memandai ja buat assumption. pelik2 la. dah janin tu mmg tak menjadi atas faktor2 kesihatan janin tu sendiri sbb tu boleh gugur. mesti kak ipar awak ni kejenye beromen je sbb tu bila apa2 otak tu terus terlintas org lain pun buat benda sama. sis sabar ya, jgn sedih lama2. insyaallah nanti ada rezeki lagi

Đọc thêm

Sis, nasihat saya abaikan je dan pekak kan je telinga apa orang sekeliling nak ckaap .. zuriat NIE semua kerja tuhan bukan kerja kite .. dia lebih tahu bile yang sesuai untuk kite memiliki zuriat... yang penting sis dan suami jangan rasa tertekan dan jangan beremosi... santai2 je... jangan fikirkan sangat .. in Shaa Allah ada rezeki nanti untuk sis dan suami... yang penting jangan berputus asa yea .. Happy2 je enjoy Ur life ..

Đọc thêm

Sis, jangan sedih lama lama sebab kata kata orang ya. Saya pernah gugur second trimester dan ambil masa setahun untuk pregnant lagi sampai ada orang anggap saya dan suami tak reti buat baby. Kita kena buang jauh jauh negativity tu semua. Allah lebih mengetahui dalam rancangannya. Baca lah penjelesan pakar tentang keguguran yang dapat di jelaskan dengan sains. Semoga awak dan suami dikurniakan ketenangan dan kesabaran. Amin.

Đọc thêm

dia kot prna mcm tu ganas ahahahha , spttnya dia bagi semangat kat awak kata mungkin belum rezeki so cuba lg pelan2 ada juga .. ni hmm takpe sabar je sis wlupn hakikatnya mmg susah.. rezeki Allah tu luas bila2 akan dtg tnpa kita ketahui, entah esok2 entah hari ke hari lain rezeki tu akan dtg tk kira rezeki zuriat ke atau apa2 je . bt msa ni mmg akan down tp slow2 utk hadap dan cuba lg pasti Allah bantu 😁🥰

Đọc thêm