Dapat Zincofer daripada klinik, tapi makan muntah2. Takpe ke kalau tak makan?
Supplement zincofer
boleh minta tukar jenis lain. sy xbleh telan sbb bau dia pastu nurse jgk ada pesan masa bg zincofer.. nurse ckp cuba dlu if tak boleh nnti kita tukar jenis lain. awak bgtau nurse kk nnti diorg xkn marah dan diorg faham setiap org berbeza
try makan sebelum tidur dgn air oren bancuh. sbb saya pun mcm tu. saya makan sebelum tidur, saya akan bancuh air pati delima tu sejuk sejuk pastu minum dgn ubat. terus tidur. sbb nanti mesti pening dan nak muntah semula
Saya pun macam awak . Bila makan jadi pening dengan nak muntah. Bila muntah rasa hanyir gilaa.. saya ada tanya kk dorang suruh saya cari sendiri dekat pharmacy. So saya tukar kepada obimin .
Saya pun 1st time makan terus muntah. Then, saya cuba makan betul2 sebelum tidur dan ambil ubat tu bersama juice/ air sunquick. Alhamdulillah berkesan
Mcm nurse sy dia pesan dh siap2 kalau muntah mkn ubat zincofer ni terus p kk minta tukar,xpayah tunggu tarikh appoitment dia kata..
saya pun makan zincofer muntah, lepas tu cakap kat doc nak tukar ubat, doc bagi iberet. so far okay tak macam zincofer
kena bagitahu dgn nurse yg jaga awk..nanti mungkin dia akan tukar ubat lain..ataupon awk mkn ubat tu sblm tidur
Sama…sy makan hanya 3 kali terus stop sbb muntah.dan skrg Dr tukar p new obimin..
Saya pun mcm sis, tapi sy makan sebelum tidur, lepas makan terus tidur