Saya setuju dengan pendapat mommy lain yang komen ke awak. Recovery process individu berbeza.
Apa yang awak rasa sekarang ni, totally sama macam apa yang saya rasa selepas 3 bulan bersalin. Plus saya working mom. Rutin agak kelaut juga waktu tu sebab nak adapt dengan rutin baru. Alhamdulillah masuk 5 bulan, saya dah tak rasa sakit2 tu.
Sebelum nak betul2 pulih tu, saya kurangkan angkat berat. Paling berat yang saya angkat ialah anak saya. Kerja rumah saya buat yang termampu je. Selebihnya suami yang uruskan. Makan pedas pun try and error.
Anonymous