Hai, tahniah dulu atas kelahiran baby ya! Untuk bengkung selepas czer, ramai yang tunggu luka betul-betul sembuh dulu, biasanya around 6-8 minggu, sebelum mula pakai, dan sebaiknya ikut nasihat doktor atau bidan masing-masing sebab keadaan setiap orang berbeza. Kalau nak sapu Mustajab atau mana-mana cream kat perut, someone in my mum group mentioned that it's better to apply it before putting on the bengkung, biarkan cream tu sebati dulu baru ikat, supaya tak rasa terlalu panas or stuffy kat luka. Untuk drool rash baby pula, ada yang cadangkan hydrocortisone cream yang mild jika ruam tu degil, tapi tentulah yang sesuai untuk kulit baby yang sensitif. Mungkin lebih baik tanya terus dengan doktor atau paediatrician baby ya, sebab mereka boleh cadangkan yang paling selamat ikut keadaan specific kita.
Mia Rayyan