Siapa sini ada baby yang susah lena?baby sy dari lahir smpi 3 bulan ni susah nak lena. Bilik mesti kena sunyi sepi gelap gelita dgn suhu yg selesa lah klu tak kena semua ni mmg takkan lena lepastu meragam terlampau mengantuk letih. Baby tepuk2 pun tak mau tidur, dia biasa tidur lepas hbs nyusu je, klu kenyang berjaga lah dia kesian kena tahan je ngantuk sambil merengek yg kita usaha lah bg dia tidur, buai pun kdg2 je nak, selalu mengamuk bila masuk buai. Mak sy suka masuk bilik main dgn baby, baby taknak main pun dia merengek tak happy sbb ngantuk kan... jadi serba salah dgn mak sbb sy tak bg sgt dia main dgn baby tak bagi sgt dia masuk bilik sbb bunyi org cakap bunyi pintu bunyi tapak kaki bunyi org makan lah, mmg baby takkan tidur, dia suka terkejut dan dia mcm tak selesa. Mak dah cuba tolong bg dia tidur tapi tak pernah sekali pun dia tidur, dia hanya tidur dgn sy sahaja... soalan sy takpa ke tak bagi mak masuk bilik tidur kami dan main dgn baby masa bby nak tidur? Sy tahu mak terasa...
Aliza Elda