Saya dari awal preggy memang uri bawah. hampir nak tutup laluan. Sekarang 30 week, baru lepas cek pakar, alhamdulillah uri dah naik atas. Saya banyakkan sujud, naikkan kaki ke dinding bentuk L, bila baring letak bantal bawah bontot bagi tinggikan bontot, selalu pujuk baby. Biasa uri bawah tak boleh bersalin normal & mudah bleeding di hujung2 kehamilan. Sebab tu kena masuk wad awal untuk doktor pantau. Moga ada peluang uri naik atas semula & moga dipermudahkan 🤲