DR IMELDA BALCHIN TIDUR TERLENTANG

Setiap ibu hamil yang datang berjumpa saya di klinik akan diberikan maklumat jangan tidur terlentang di atas belakang selepas 20 minggu kehamilan. Sebabnya ialah untuk mencegah ‘Supine hypotension syndrome.’ Bila ibu hamil berbaring terlentang di atas belakang, di dalam 1 dalam 10 ibu, kedudukan ini menyebabkan rahim yang yang berat tertekan di atas saluran darah besar ibu yang berada di belakang rahim. Saluran darah ini ialah Inferior Vena Cava (IVC) yang membawa darah balik ke jantung dari bahagian bawah badan ibu. Sila lihat gambar 1. Jika IVC tertekan, ia boleh menyekat pengaliran darah kembali ke arah jantung ibu. Akibatnya kurang darah dipamkan keluar daripada jantung dan ini menyebabkan tekanan darah ibu menjadi rendah. Jika tekanan darah ibu menjadi terlalu rendah, ada kemungkinan ini boleh menganggu pengaliran darah beroksigen ke rahim dan uri ibu, dan boleh mengganggu bekalan oxygen yang diperlukan oleh janin. Kajian perubatan menunjukkan yang ibu yang tidur berbaring terlentang di atas belakang boleh meninggikan risiko kematian janin 3.7 kali ganda. Risiko sebenarnya stillbirth (kelahiran mati) ialah 1 dalam 1000 pada 40 minggu kehamilan. Jadi, kalau 3 kali ganda lagi tinggi, ini menjadi 3 dalam 1000 kelahiran. Tetapi, kebanyakan ibu hamil dengan sendirinya akan mengalih kedudukan jika tekanan darah menjadi terlalu rendah sebab tidak sedap badan, tiba-tiba rasa loya nak muntah, pening-pening dan akan dengan sendirinya akan merasa lebih selesa mengubah kedudukan ke mengiring bila tidur. Saya selalu buat Ultrasound scan ibu dalam kedudukan berbaring tetapi meninggikan sedikit bahagian kepala. Saya tidak membenarkan ibu hamil baring terlentang semasa saya buat Ultrasound scan. Selagi ibu merasa selesa, saya tahu tak ada supine hypotension syndrome. Kadangkala saya melihat tiba-tiba ibu merasa loya dan hendak muntah, maka saya akan cepat-cepat menyuruh ibu mengiring ke sebelah kiri dan ibu akan dengan segeranya berhenti rasa loya atau pening-pening. Bila ibu masuk ke wad untuk bersalin pun saya tak benarkan ibu hamil baring terlentang di atas belakang. Tinggi kan kedudukan kepala atau baring mengiring. Bila kami membuat pembedahan Caesar, kami juga tidak membenarkan ibu berbaring terlentang. Katil itu sentiasa dalam keadaan mengiring ke kiri sedikit (45 degree tilt). Saya pula membuat pembedahan Caesar dari sebelah kanan ibu, ibu mengiring sedikit ke sebelah kiri tu ada kebaikanya untuk pembedah juga, kerana air ketuban mengalir sebelah kiri membasahkan ‘pembantu pembedah’ dan saya tak dibasahi air ketuban ??? Ramai ibu mengadu kepada saya yang mereka ‘tak selesa tidur dan tak cukup tidur’. Salah satu sebab jugalah ‘heartburn’ ‘reflux’ keperihan di ulu hati atau dada akibat acid di dalam perut yang keluar balik ke bahagian kerongkong. Bila ibu-ibu ini mengadu, saya tahu ibu-ibu ini tidak akan berbaring dengan terlentang di atas belakang bila tidur. Saya bagi nasihat tinggikan kepala dengan tiga empat bantal dan mengiring sedikit untuk mengelak heartburn, makan sikit-sikit tetapi dengan kerap dan jangan makan sebelum tidur. Kalau tak tahan juga, ada ubat yang boleh mengurangkan acid di dalam perut. Ada hikmah juga dapat heartburn ni. Bagus tu. Ia mengelakkan ibu daripada tidur berbaring terlentang di atas belakang. P/S: 1) Jika anda memang ada tekanan rendah secara semulajadi, saya tidak pernah bimbang. Memang tekanan darah akan menjadi lebih rendah semasa hamil, tetapi ini tidak memberikan kesan yang sama dengan jika saluran IVC tertekan semasa anda baring terlentang sebab ini mengganggu pengaliran darah pulang kembali ke jantung. 2) Jangan juga samakan tekanan darah rendah (blood pressure) dengan kekurangan darah Haemoglobin (Hb) yang disebabkan oleh kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia). Ramai ibu hamil dalam kelab-kelab ibu di media sosial keliru dan membuat kesalahan memberi nasihat yang salah kepada ibu lain menyatakan kalau tekanan darah rendah, makan zat besi dan kemudian datang pula penjual produk makcik bawang menjual produk ??‍♀️. Saya pun tepek hidung banyak kali sampai penyet. Nak tanya soalan perubatan, tanyalah doktor anda di klinik, jangan tanya di kelab-kelab media sosial. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine KPJ Damansara Specialist Hospital

DR IMELDA BALCHIN        TIDUR TERLENTANG
2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Thanx for sharing sis 🤗

👍