Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.
Salam nak tanya... Saya ada kencing kotor dan doc dah bgi saya antibiotic dan citrate, dalam masa yg sama saya makan vitamin yg kk bekalkan.. Boleh ke??
Assalamualaikum Dr. Pengambilan acid folic ni, perlu consume sebelum hamil atau selepas disahkan Hamil? dan bagaimana pengambilan yg disarankan?
Wsalam Sayounara, folic acid perlu diambil jika kehamilan dirancang/ jika kemungkinan hamil itu ada (iaitu tidak memakai apa apa kaedah merancang). Dos biasa ialah 400 microgram sekali sehari atau jika berisiko tinggi 5mg sekali sehari. Sila berbincang dengan doktor Puan dos mana yang Puan perlukan.
Saya sedang mengandung trimester pertama dan doktor sarankan saya makan acid folic. Apa kelebihan acid folic ini? Dan berapa kerap saya perlu makan?
Hi, folic acid diambil untuk mengelakkan risiko neural tube defect (NTD). NTD ialah kecacatan pertumbuhan saraf tunjang dan otak. Dos yang disyorkan ialah 400 microgram sekali sehari. Dos yang lebih tinggi iaitu 5mg disyorkan untuk kandunga berisiko.
salam doctor, sy ada baca yg scan jantina baby bukan 100% tepat. adakah itu berkemungkinamln terjadi walaupun dah nampak real jantina melalui scan?
Wsalam Ain. Selalunya doktor yang merawat hanya boleh memberi pendapat melalui apa yang doktor itu nampak. Kadang kala, mengikut kedudukan bayi dalam kandungan dan waktu bayi discan, ada kemungkinan apa yang dilihar tidak begitu jelas.
If I’m not trying to get pregnant, can I still take folic acid? Would it help with any other women’s health issues like PCOS or endometriosis?
Hi, yes you can still take folic acid as long as you follow the recommended dose. To date there is no data/studies to say that folic acid can help with PCOS or endometriosis. What is more important is healthy balance diet and regular exercise.
Hi doktor, kalau kita dah ambil sayur-sayuran yang kaya dengan asid folik setiap hari.. Boleh ke kita skip asid folik dalam bentuk tablet ni yaa?
Hi, saya syorkan untuk ambil tablet folic acid terutamanya jika Puan berisiko tinggi. Folate dari sumber semulajadi boleh diamalkan tetapi kita tidak dapat pastikan folate yang Puan dapat itu mencukupi atau tidak. Misal kata jika Puan ambil bayam - kita tidak dapat pastikan sebanyak mana bayam yang perlu diambil untuk mendapat cukup folate.
asaalam doktor saya nk tnya.. saya xdatang bulan 3 bulan dh tapi bila saya cek dkt klinik saya xdak sangkut hamil boleh saya tahu kenapa
salam doc.. bolehkah saya tuam air panas di bahagian belakang badan.. sebab badan saya kena serangan angin. kandungan saya 29 minggu.
Wsalam,, tiada masalah untuk tuam. Cuma pastikan hotpack/air tuaman yang digunakan tidak terlalu panas iaitu dibawah 40 darjah celcius. Kalau suhu terlalu tinggi takut nanti cedera kulit
Salam doktor nak tanya semalam saya ada keluar seperti air lendir puteh lps tu ada darah coklat sikit itu bahaya ke
hi dr, saya nak tanya ada perbezaan ke kalau beli asid folik dekat drugstore contohnya watson dengan asid folik yang dari clinic?
Hi Hazreen, kebanyakan supplement/ubat ada jenama yang berlainan. Pastikan dos yang disyorkan sama dengan dos yang dibeli.