Hi semua!
jom cuba resepi tomyam versi baby.
comel je, anak pun nak makan tomyam.hihi
bahan2 :
bawang putih dan merah
halia
mirepoix
serbuk ikan bilis ( optional )
daun limau purut
serai dititik dahulu
isi ayam
pes tomato @ tomato blend
celery
carrot
sawi @ apa2 jenis sayur kesukaan
beras frozen
cara2:
seperti biasa tumis bawang2 dan halia sehingga naik bau, masukkan sekiub mirepoix & pes tomato, masukkan air secukupnya, isi ayam, celery, daun limau purut, serai..boleh juga nak tambah serbuk ikan bilis,optional ya mummy.. dah nak masak,masukkan sayur berdaun hijau , sawi .. brokoli pun boleh.. saya jenis suka letak sayur hijau dlm masakan anak, untuk anak senang lawas dan buang air besar.
dah siap masak, boleh campur dlm bubur kosong dan blend @ lecek2 halus. sebelum blend keluarkan dulu daun limau purut, serai, dan halia.
kalau guna beras frozen, masa masukkan air tadi boleh masukkan terus beras frozen, jadi bubur tomyam terus.
happy cooking mummy !