ALAHAN YANG TERUK
Hi semua. Saya cuma nak minta pendapat sahaja. Sekarang ni saya pada minggu ke 13 pregnancy. Sejak 3/4 hari ni, nausea (mabuk & loya) semakin teruk. Saya tak boleh nak buat apa apa tanpa bantuan husband. Even sekadar pergi dapur untuk ambil buah dalam peti sejuk pun tak mampu. Celik mata saja pagi pagi terpaksa duduk lama untuk menahan perasaan mual & loya nak muntah tu. Kemudian baru boleh bangun perlahan lahan ke tandas untuk buang air kecil dan sebagainya. Alhamdulillah saya masih boleh tahan mabuk selepas makan supaya makanan & minuman tidak keluar/muntah semula. Cuma effort untuk menahan muntah tu amat lah memenatkan. Macam mana ya saya nak deal dengan alahan begini? Saya rasa useless sbb tak boleh nak buat apa apa. #advicepls #pregnancy