Baby bump besar untuk first pregnancy

Selalu orang cakap first pregnancy, susah nak nampak. Tapi saya lain pulak. Masuk 20 minggu memang nampak ketara. Perut atas sama dengan bahagian perut bawah and memang besarlah lagi lagi kalau saya baru habis makan. Dia bukan berlipat tapi memang perut firm. Saya takda sangkut gdm ke apa tau. Badan saya agk tinggi 165cm chubby sikit tapi tak gemok. Yang buat saya lagi insecure bapak mentua saya tegur cakap perut besar ni baru 5 bulan, nanti kalau anak dah 4 takut perut jatuh melorot ada stretch mark nanti sebab ni first baby saya. Plus dia cakap mak mentua saya first baby still boleh pakai kebaya lagi even 6 bulan. Pergh insecure betol. Tapi saya brush it off cakap ala badan gemok memang baby bump besarlah 🥹 saya terfikir jugak perut kecik salah besar salah apa yang diorang nak dari kita niii mommy mommy semuaa

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya anak pertama besar tau. Makan tak berkira, berat pun naik 20kg. GDM tak ada, HB pun elok. Bila anak kedua, saya jaga pemakanan, buat senaman bila rajin. Berat masa buka buku 55kg, sekarang 20W2D baru naik 1kg. Babybump 5 bulan sedang-sedang. Kalau pakai baju size S baru nampak babybump. Jadi kesimpulannya, enjoy pregnancy. Biarlah orang kata apa ikut luaran kita, asal kita tahu jaga diri & kandungan. Saya pun macam-macam kena masa anak 1st. Gemuk la, perut besar susah beranak La. Tapi tak pun, andaian orang je. Bila anak no.2 saya betul-betul jaga pemakanan. Sebab saya tahu selera makan saya memang akan buatkan saya & babybump membesar. Pak mentua pun memandai je😅

Đọc thêm

sy berat 80kg. start dari 12w lg mmg dh muncul strecthmark. perut sy mmg jenis boroi tambah2 bila lepas makan . skrg 21w , bg sy perut sy ni tkbesar tkkecik. sbb sy mmg tubuh kasar. lgpun bby 21w belum sampai 500g lg. nnti da msuk 6/7bulan bru ketara perut tu. sy mula2 ukur pada perut jgk besar atau tak. tp lama2 pkir, tkperlu kita bangga perut besar walaupun bru brp bulan. kalau perut besar tp bby tksihat kt dalam tk oke jugak. biarlah perut kecik jnji anak kt dlam sihat.

Đọc thêm

Org2 tua mmg gitu sis kdg2 dorg main ckp lepas je tp tak fikir benda tu mengguris perasaan ke tak haha 😂 kita kena sabar n tahan telinga je. Takpe takde beza apa pun perut besar or kecik. Sy ms 1st perut 5- 6 bulan dh nmpk mcm tunggu masa nk beranak. Time 8-9 bulan ramai risau tgok sy bila berjln sbb nmpk sarat gila2 mcm bwk twins pdhal singleton je. Ni 2nd baby 5 bulan org ckp perut kecik pulak dh 😅 mcm2. Takpe enjoy je pregnancy asalkan baby dlm sihatt sudahh

Đọc thêm

Baby bump setiap orang berbeza. Kalau ada stretch mark pun, anggaplah itu trofi kita sebagai ibu yang diberi nikmat untuk hamil. Ada ramai yang hanya mampu bermimpi. Terima keadaan kita seadanya. Sepanjang kehamilan, we win some, we lose some. Morning sickness, baby bump, gdm, tahap kecergasan dan beribu2 faktor yang lain, mustahil kita dpt 100% bagus. Ada masanya kita di pihak yg kurang bernasib baik. Jadi ibu, mental mesti sentiasa positif..

Đọc thêm

pengalaman sy dlm kategori obese tahap 1 (bmi: 31), no gdm, hb ngam2, perut xnmpk sgt smpai la serah diri..semua kata bby sy kecik. nahh baby keluar 3.4kg. I didn't feel bothered abt others saying, as long as my baby is healthy inside, keluar esok disayang2 juga baby tu 😅

tak paya nak kesah sangat sis,banyak orang lain Kat luar sana 5 6 bulan tak de nampak baby bump lagi,kdang²inscure pulak,janji doc awk kata ok je baby dlm perut tu,ok lah,tak yahh nak dengar sangat pendapat orang lain,lagipun baby bump comel tauu😍

Sangat weird bapa mentua tegur size perut. Bg saya jangan ambil pusing. Sebab masa saya 1st pregnancy 6m pun perut xnmpak sgt sampai risau normal ke x. Dh nampak awal baby bump alhamdulillah. Moga baby sihat dan sempurna. 😊