Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Reason prolonged due to different blood type. Saya B+, anak O+. Pernah warded 3 hari 2 malam masa baby umur 7 hari sebab masa tu bacaan tinggi. After discharged kuning tu masih ada tapi mengambil masa untuk turun sebab fungsi hati baby masih lagi nak develop kan.
So apa yang saya buat for 2 months, jaga jadual susu setiap 1-2 jam. Itu sahaja. Saya setkan alarm setiap 2 jam supaya tak terlepas timing yela baby jaundice suka tido kan. Jadi kena get ready untuk kejutkan baby. Saya BF. Ada tanya paedtrician perlu campur FM atau tidak. Paed kata tak perlu sebab LC dah bagi report yang penyusuan saya tiada masalah. So teruskan dengan susu badan.
Jadi nasihat saya di sini jaga kesihatan diri dan mental awak. Nak menyusu perlukan tenaga yang banyak. Kalau awak rasa tak yakin dengan penyusuan boleh minta pendapat nurse untuk tambah susu formula atau tidak.
Oh ya kalau awak ada bajet lebih boleh sewa lampu Fototerapi. Lagi senang tak perlu warded. Buat rawatan di rumah je. Semoga dipermudahkan urusan 🌹
Đọc thêm