Mkn nenas 11w

Sbnrnya bole ke x mkn nenas first trimester?? Byk npk doktor kat tiktok dn mna2 statement kata bole je asalkn x brlebihan.. 😅 #11w #ingintahu Edit: dah makan sikit2 semalam. Yg msk. Bole la lepas buat raso2 🥺🥺Alhamdulillah so far going well ❤️❤️

28 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Keguguran. Jangan salahkan diri sendiri. Puncanya bukan sebab makan nenas. Puncanya bukan sebab rahim tak kuat. Bukan sebab mengangkat benda berat, dan bukan sebab mengalami tekanan hidup atau stress. Ramai yang mengalaminya. Keguguran pada tiga bulan pertama memang kerap berlaku. Jika seratus wanita hamil, seramai 20 akan keguguran (20%), mungkin juga jumlah sebenar lebih dari itu. Lebih kerap lagi untuk wanita berumur 40 tahun ke atas (lebih dari 50% akan keguguran bila hamil). Tapi kebanyakan wanita senyap sahaja bila keguguran, tidak mahu berbincang mengenai pengalamannya. Sebab itu lah masyarakat tidak tahu betapa kerapnya berlaku keguguran. Bila kita lihat benih lelaki (sperma), setiap kali melakukan hubungan kelamin, lebih dua puluh juta sperma akan keluar mencari telur wanita. Tapi, sememangnya 70% sperma tidak sempurna, dan 10% telur wanita tidak sempurna. Memang manusia tidak dijadikan sempurna. Walaupun kita kelihatan sempurna, benih dan baka kita tidak semuanya sempurna. Bila benih suami atau telur isteri yang tidak sempurna bergabung, dengan takdir Allah yang maha mengasihani, diutuskan supaya janin itu tidak menjadi dan keguguran berlaku pada tiga bulan pertama, sebelum diberikan roh pada bulan keempat. Dari segi Sains kajihayat dan Sains perubatan, bila janin yang digugurkan diperiksa bakanya (analisa kromosom), lebih dari setengah dari janin tu mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal. Kebanyakan mempunyai masalah lebih teruk dari syndrom-syndrom yang kita pernah jumpa dalam bayi yang hidup (iaitu lebih teruk dari Down's Syndrom yang boleh hidup). Sebab itulah tidak ada bukti yang ubat hormone yang menguatkan rahim boleh mengelakkan keguguran di peringkat 3 bulan pertama. Tiada langsung istilah rahim tidak kuat pada 3 bulan pertama kehamilan. Sudah sememangnya janin ini tidak boleh menjadi. Tapi, bila berkerja sebagai pakar Fetal Medicine, saya lah yang melihat janin yang tidak menjadi ni dalam scan awal. Memang macam-macam kecacatan yang saya dah lihat, kerap kali lepas kerja balik rumah, saya berasa sedih setiap hari. Kebanyakan akan gugur sendiri (Alhamdulillah kuasa Allah menentukan supaya anak kita tak menderita), tapi ada segelintir yang tidak jadi gugur, dan kecacatan yang dilihat selepas lahir sangatlah serious. Sebagai contoh (lihat gambar), ini Mermaid Syndrome, Bayi Duyong ini bukanlah mitos, berlaku sekali dalam setiap 100,000 ribu kehamilan. Saya pernah melihat dua kali dalam kandungan melalui scan. Ini adalah sindrom di mana ada masalah saluran darah dari badan ke kaki. Selalunya tidak ada buah pinggang maka janin ini tidak membuat air kencing dan tidak ada air ketuban. Tanpa air ketuban, paru-parunya tidak akan terbentuk dan dia tidak boleh bernafas selepas bersalin (air ketuban diperlukan di peringkat awal kehamilan untuk masuk dalam paru-paru untuk memberi tekanan dari dalam supaya membesar, tanpa air ketuban paru-paru kecil dan keras). Selalunya saluran kencing, saluran najis dan vagina/faraj (jika perempuan) bergabung dan hanya ada satu lubang. Kebanyakan mermaid sindrom ini akan keguguran, tetapi ada segelintir kita lihat akan hidup seketika sebab ada sedikit buah pinggang yang berfungsi (lihat gambar kedua, bayi Duyong yang hidup di Amerika sehingga umur 10 tahun selepas 2 kali pembedahan menerima pendermaan buah pinggang). Mermaid Syndrome ini contoh sahaja. Nama perubatan sebenarnya Sirenomelia. Lebih banyak lagi syndrom lain saya dah lihat, tak dapat nak kira. Saya pun pernah mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Dua kali saya gugur. Dan dua-dua kali saya bersyukur, Alhamdullilah, sebab Allah nak bagi saya peluang untuk mendapat zuriat yang sihat, dan kurangkan penderitaan kita. A miscarriage is Allah's decision to abort your abnormal embryo, to give you the opportunity to have a healthy baby in the future. Kalau tak jadi Alhamdullilah Tuhan gugurkan. Cuba lagi. Jangan salahkan diri sendiri. Alhamdullilah. Insyallah. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

Đọc thêm

Boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Seorang ibu hamil dah nak dekat due date. Dia tanya, “Dr Imelda, kalau saya nak cuba makan nenas, untuk induce labour, boleh tak?” Inilah jawapan saya: Saya tak pernah pun menghalang sesiapa pun makan nenas, dari sebelum hamil, permulaan kehamilan, pertengahan kehamilan, penghujung kehamilan, selepas bersalin atau pada bila-bila masa pun, selagi tiada allergy kepada buah nenas. Nenas itu salah satu dari buah-buahan berkhasiat. Inilah makanan semulajadi sihat kurniaan Allah. Nenas tak pernah berjaya digunakan untuk menggugurkan kandungan ibu hamil. Sudah ramai ibu hamil yang pada mulanya tak mahukan anaknya, pun dah kata mereka dah cuba makan banyak buah nenas pun tak berjaya gugurkan kandungannya. Mereka datang berjumpa saya di klinik kehamilan saya sebab berubah fikiran dan nak meneruskan kehamilan tetapi risau tentang anak di dalam kandungannya. Saya bagi kaunseling kepada mereka untuk meneruskan kehamilan mereka walaupun dah makan banyak nenas sebab ini tidak pernah memudaratkan anak di dalam kandungan dan makan buah nenas tidak menyebabkan apa-apa kecacatan kepada anak di dalam kandungan. Boleh makan buah nenas semasa hamil. Nenas tidak menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu-ibu hamil yang melahirkan anaknya terlalu pramatang ada masalah Cervical insufficiency, bukan sebab dia makan buah nenas. Bila ibu-ibu hamil yang ada masalah Cervical insufficiency yang pernah kehilangan zuriat akibat kelahiran pramatang datang berjumpa saya di klinik untuk rawatan mencegah kelahiran pramatang, saya berusaha menyelamatkan kandungannya supaya sampai ke tahap yang matang. Kebanyakan kali kami berjaya dengan Rawatan yang terbukti berkesan. Saya tak pernah pun menghalang semua ibu-ibu ini yang berisiko tinggi dari makan buah nenas. Alhamdulillah kami berjaya juga sampai ke tahap yang matang dan berjaya melahirkan anak-anak yang sihat dengan rawatan. Nenas tidak pernah berjaya digunakan untuk induce labour. Sudah ramai patients saya yang dah overdue merungut, mereka dah makan nenas pun tak labour juga lagi dan datang ke hospital untuk induction of labour. Teringin nak makan nenas, makan je. Ada banyak khasiat dalam buah nenas. Saya tak pernah larang pun makan buah nenas. Yang saya larang ialah merokok, Vape, passive smoking, minum alcohol, minum ketum, hisap ganja, penyalahgunaan dadah, beli ubat-ubat sendiri untuk merawat sendiri, produk-produk overclaim, makan telur mentah, makan ikan mentah, makan daging mentah, minum susu mentah. Yang saya TAK galakkan ialah junk food, jajan, kek manis tiada khasiat, teh tarik penuh gula, makan berlebihan sampai tak ingat dunia...... Nak makan nenas, makan je. Nenas tak bersalah.

Đọc thêm
Influencer của TAP

makan aje lah asal berpada. selalunya mengidam ni takdelah nak makan sebijik terus, nak merasa je. kalau nak kata penyebab keguguran, sy dulu masa 1st time pregnant, tak makan apa2 yg pelik ikut betul2 pantang itu ini, 13w gugur. tanya doktor, dia sendiri ckp keguguran disebabkan oleh janin tu yg tak sihat/ada kecacatan genetik. bukan sbb apa kita makan. pregnant next tu sy makan semua benda. dari trim 1 sampai nk bersalin mmg bantai nenas, durian, air kelapa. mmg semua sy makan, Alhamdulillah dah 2 bulan anak sy skrg. lahir pun 3.3kg. kt sini bukan nk ckp percaya doktor semata2, tp ada sbb doktor belajar lama. dorang mengkaji. org dulu takda ilmu & teknologi mcm skrg, hospital pun takda. jadi mmg limited lah apa yg dorang tahu, dorang sampaikan. nak ikut pun takda masalah cuma kalau sampai kita ni dok tahan perut, kecur liur semata nk ikut pantang org dulu2 ni, boleh fikir baliklah.

Đọc thêm
2y trước

saya 6w dh minum air kelapa😅 hari2 pulak tu minum 🤣

lbih baik avoid dulu... tunggu janin btl2 kuat bru la try mkn sikit untk buang rsa nak mkn,, btl ckp pratiba teeba tu,, lain org lain badan,, mmng bnyk jal dr ckp blh mkn dlm amount yg sikit tetapi bila bdn yg lemah dan janin blm kuat lagi akan bahaya juga,, sbb ni dri pengalaman kwn sy juga,, dia pregnant bkn lagi 11 weeks dh 3 bulan lbih dh... dia craving nak mkn nenas sngt,, first baby lagi dia krg pengalaman,, pegi bli la nenas dn mkn x smpai brpa ketul trs bleeding,, and yeah,, she lose her baby,, nak ckp nenas ni mitos sja tidak blh juga kan,, nak ckp janin tak kuat lagi,, tak blh juga nak slh kan mna2,, lain bdn lain sindrom dia,, alahan pun lain,, jdi better elak kan tnggu janin dh btl2 kuat bru sis try mkn sikit buang rsa craving tu,, just nak share la crta yer,, bkn nak menakutkan atau apa,, hnya kita klu dh pregnant kena more brjaga2 jak...

Đọc thêm

sy dr awal mengidam,dlm 4-5w mcm tu sy makan sebiji nenas setengah masak. sedap sgt,nak makan lebih tak dpt,sbb lidah dah mcm luka gara² makan nenas. banyak kali sy makan awal pregnancy,hasilnya sgt mengejutkan sy. minum air gula detect gdm. nenas tu manis,nasi ada gula,minum air kelapa manis,mana tak sangkut gdm. memang nenas boleh sebabkan keguguran,tp jika makan sekurang-kurangnya 10 biji sekali makan. memang tak ada la org makan byk mcm tu kan. tp kalau sis masih was²,tak perlu makan. badan kita tak sama. kalau sy ni memang dr anak 1st sampai anak 3 tak pernah pantang apa² makanan. makan ja ikut suka hati. tp bila sangkut gdm,terpaksa pantang makan. bukan sebab tajam atau takut gugur,tp sbb makanan tu tinggi gula. bahaya utk baby dlm kandungan

Đọc thêm

Kalau ikot doc modern mmg semua boleh. Itu ini semua boleh taram je 🤭 hakikat nya ramai mane dah yg x jaga makan, tak berpantang blh dpt effect. Bukan sy x percaya doc & lebih percaya dekat mitos, tapi dah ramai yg alami keguguran sebab makan nenas. Badan lain2 tp at least berjaga la kan.. Tapi kalo ikut org2 tua dorang memang tak bagi la makan nenas yg masam , belom masak. Sebab tajam.. kandungan masih awal. tp mungkin sis blh makan yg btl2 dah masak n manis sepotong buat rase2.. Sy pun mula2 pregnant mmg x thu lgsung pun tgh pregnant, singgah beli nenas makan dlm 2 potong.. nasib baik nenas tu nenas madu. Sy 3rd trimester baru confident makan nenas yg btl2 masak & manis tu buat lepas kempunan..

Đọc thêm
2y trước

awak kena sediakan fakta yg betul. kalau kata ada statistik then share statistik tu. nenas bukan penyebab keguguran awak. jgn la takut kn mommy lain. tak baik tau. keguguran ni disebabkan janin tu sendiri tak jadi. kalau janin tu bertahan pon akan terjadi kecacatan dkt janin tu. lepas tu salahkn nenas juga ke mcm mna😅. bykkan membaca lg awak

sblm tahu pregnant, sya slalu sakit .. tekak rasa loya tp sya x suspek preggy sbb sya memang jenis haid x teratur . start dr awal x sihat tu sya memang mkn baby pineapple dngn asamboi dn sambal belacan .. hampir setiap hari makan . tp bila da smpi 4bln x haid ,hati terdetik nk buat urine test .. tup2 2line .. allahu ,trus p klinik buka buku and mnta doc scan sbb rasa bersalah .. alhamdulillah,syukur baby sya sihat xda apa . tp yala kn depends pd Rahim setiap wanita .. yg kuat ada yg lemah .. tp klu da Tau preggy tu seelok nya x payah la ya

Đọc thêm

Trpulng pda dri sdri,mkn klau nk sbb bdan lain,tpi sy bgi crta penglmn kwn sy,dia tk thu yg dia mngndung n dia mkn nenas,selng 2/3 hri dia tumph drah,dia igt dia dtng buln,msa tumph drah tu ad kluar ketul2 (kntung) bercmpur drah,pda sy baik elakkn dlu,kita tk thu bdan kita,tpi klau nk cuba sila lh,mudh2 tkde ppe yg trjdi,sy bukn nk menkutkn tpi ni crta dri kwn sy,hrp2 mmbntu

Đọc thêm

Kalau ikut Ibu saya dia ckp. mengandung ni takde pantang. Tapi berdasarkan pengalaman org lain boleh sebabkan keguguran. Benda boleh elak utk kebaikan. Saya mmg tak makan lgsg benda yg org kata tk boleh walaupon Ibu sy boleh je makan. Kenapa nk ambik risiko yg boleh sebabkan keburukan.

boleh makan sbab ada khasiat .tpy xboleh banyak sgt sbab ikut kepercayaan org dlu nenas nie tajam boleh sbbkan keguguran.ikut pnglaman sya sndiri time mgandung 5 bulan sya bnyak sgt makan nanas , prut jdi memulas nsib tak ada apapa jua .lepas tu tak brani dah makan bnyak .