Buntu
Saya sgt buntu.. Minta pendapat pada yang berpengalaman. Ibu saya suka complain cara saya jaga anak saya (anak sulong).. Beliau cakap anak saya xcukup susu lahh.. Nak kena tambah susu formula laa. Anak baru sebulan.. Bila dengan anak menangis.. Dia suruh susukan.. Takkan setiap masa saya nk susukan dia.. Tolong.. Saya sgt stress. Tak tahu pada sape nak mengadu..
First of all, congrats sebab lahirkan anak yang sihat dan sempurna! Saya pernah alami sendiri bila mak saya sendiri cakap macam macam tentang cara saya jaga anak sulung. Sedih sangat sebab ingatkan dapat sokongan. The first few months saya terus jadi depressed sampai tak nak tengok muka anak sendiri, sebab semua benda saya buat macam salah. Lama lama saya sedar saya terlalu beremosi. Macam ni awak, awak sabar banyak banyak ya. Kalau kita tersalah cakap nanti terasa pulak ibu kita. Apa awak buat sebenarnya betul. Tak salah pun. Awak dah menimba ilmu untuk jaga anak. Plus jaga anak ni bukan macam jaga kucing. Walaupun ada panduan, tapi setiap baby lain. Awak dengar kata hati awak. Naluri ibu tak pernah salah. Kalau awak sendiri rasa baby lapar, awak kasi dia susu. Kalau awak rasa dia okay, tak payah. Awak tahan je mak awak bebel apa. Kalau mak awak cakap awak masih salah, awak cuba baca artikel dalam apps ni. biasa nya ada banyak panduan. Awak boleh refer situ. Awak dah lakukan yang terbaik sebagai ibu. Awak tak salah, ingat tu. Anak sebulan perut kecil sangat. Dia tak perlu minum susu banyak banyak. Sekadar mengisi perut je. Sama jugak nak bagi dia makan selepas 6 bulan nanti. Dia makan sikit je. Bukan semangkuk bubur, lagi sikit dari tu. Awak tak salah. Ingat tu.
Đọc thêmsabar banyak2..kadang baby ni nangis bkn nak susu je,kdg sbb dia xselesa atau dia nk peluk..tak apa kalau mak sis complain2 ..mmg gitu la mak mak..tapi kita sebagai mak kepada baby tu lebih tahu ank kita nak apa kan.dan kita sebagai anak kpd mak kita tu kena redhoo je la mak suka komplen hihi..jgn stress ya sis nnti susu kuranggg
Đọc thêmAwk bole cube bagi die puting. Dan sy doakan sis bnyk bersabar