tido dengan makan hati

Saya seorang wanita berkerjaya. Keje gomen, gaji dlm 7-8k sebulan. Baru 3 tahun kawen, ade 2 orang anak. Satu, 2 tahun, dan sekarang dalam pantang. Suami keje biasa2, swasta. Gaji saya lebih tinggi dari dia. Bab anak, dia manjakan anak sulung kami. Mandikan, bagi makan. Tapi, sejak akhir2 ni, macam makin malas. Bila mintak mandikan, bertangguh. Mintak bagi makan, bertangguh. Selalu makan hati. Sebab bila tegur, semua jadi salah kita. Selalu tidur ngan makan hati. Sekarang ni, rasa dah makin tawar hati ngan suami sendiri. Sebab selalu sangat makan hati. Sampai pernah sekali, mintak cerai. Sebab xtahan ngan makan hati. Kalau gaduh ke apa, dibiarkan cmtu. Xde pujuk, xde apa. Dia tidur elok je sebelah. Kita ni, nak kena bangun susukan anak lagi. Pastu, bila lewat bagun pagi, selalu je cakap saya suka tidur. Padahal, masa menyusukan anak, xpenah saya tido. Sebab anak selalu tersedak. Kena selalu alert. Dah penah bincang. Selalu xde jalan penyelesaian. Biasanya selalu saya yang disalahkan balik. Patutke saya minta cerai? Xtahan la macam ni. Kalau ikutkan, ngan gaji saya, saya mampu je nak tanggung diri sendiri ngan anak 2 ni. Perasaan cinta pun bole dikatakan sipi2, nipis je. Siyes tawar hati sangat ngan suami sekarang. Apa nak buat? Patutke saya teruskan perkahwinan ni, ataupun sampai sini je? Sekarang ni, banyak fikir anak je. Kalau cerai, macam mana nak dapat kasih sayang ayah. Tapi, masalahnya boleh dikatakan tiap hari duk makan hati camni, terseksa sangat.. Tolong saya.. ???

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

X mahu komen sbb sendri pon kadang terasa nk bercerai. Saya tahap kene curang. And makan hati selalu je. Husband saya jenis x reti pujuk lgsg. Die klu tgk kite nangis lagi kene marah. Pernah gaduh sampai kene tumbuk. Tapi basically die actually lelaki yang baik. Ada baran nye. Die x boleh kene pressure and itu mmg kelemahn dia. Anak pompuan saya baik dengan husband. Kadang bila pikir cerai bukan the option. But i open to it kalau jodoh x panjang. As long as we can be good parent to our children its enough rasanye. Saya still bagi peluang sbb masing masing pon x perfect. The only thing yg sye buat berdoa and tawakal supya kami jodoh panjang and berubah ke arah kebaikan. Instead of asyik cari point nk bercerai why not you think outside of the box? Cari jalan how to resolve as partner, jgn keep cari salah org. Cuba ajak dia berubah. Bila nk dia berubah. Diri sendri kene berubah dlu. Cuba dulu do ur part, kalau semua dah x kena. Then up to u. Sya kalau nk ikot kan pon a-z saya buat sendri. Jaga malam semua saya buat.

Đọc thêm

Kita kena muhasabah diri kita juga. adakah kita faham suami kita? pernah tak kita kesah pasal dia. hati dan perasaan dia. lelaki ni kdg2 dia tak meluah kalau dia sedih,penat,runsing. mmg 5 tahun perkahwinan banyak cabaran. sebab waktu ni lah baru kita mengenal pasangan kita. yang sebelum ni kita tak tahu, kita tahu. Banyakkan bersabar. Kalau bercerai yang paling kesian anak2. Anak2 perlukan Ibu dan Bapa. Anak2 tak boleh memilih antara ibu dan bapa. Fikir anak2 dulu ye. Lagi pun nak cakap pasal masalah keluarga atau masalah dengan pasangan, semua orang lalui. Saya pun ada masalah dengan pasangan sendiri. Geram, benci semua ada tapi bila bincang baik2 semua akan okay. Saya ada tips, jangan pandang buruk suami kita. Cuba pandang kebaikan yang dia buat dekat kita. Saya selalu buat macamtu. Dengan cara mcm tu, saya selalu jatuh cinta balik dgn suami saya. Huhu.. Sabar tau. Sabar ye.

Đọc thêm

jgn buat keputusan melulu... seelok cuba pergi jumpa kaunselor bincang apa yg patut buat. tp soal hati dan perasaan kita yg tanggung, buat apa pertahan rumah tangga kalau hati dh tawar. tanggungjawab tu penting dr apa yg kita rasa. kalau dia x boleh nak faham awak, pergi jelah tuntut fasakh...

Sy takde pengalaman bab ni. Tpi sy boleh kata kita kena kembali pada pemilik hati kita iatu Allah. Allah yg bgi perasaan Allah jgk yg tarik balik (sebab sis kata dh tawar hati). Banyakkan istikharah & berbincang dulu berdua. Semoga urusan sis dipermudahkan

5y trước

Kami dah selalu duduk berbincang. Tapi, selalu end up ngan saya tdo menangis, makan hati. Xde penyelesaian pun walaupun dah berbincang... saya stress

sy pun mcm sis.. haritu da gaduh sbb dia sedap tido hari2 sy kena bjaga 2 3pgi..tau buat anak nak jaga malas.. asyik2 kalo x ble pujuk tolak kat sy.. stress nya...

Influencer của TAP

Kadang kala suami memang tak faham. Mungkin sis perlukan orang yang baik dgn suami yang mampu nasihatkan dia supaya bertolak ansur dalam menjaga anak.

sabar, ingat anak. Bila suami mood baik beritahu apa yang tak puas hati. pujilah sikit2 bila dia tolong. Biar hidung dia kembang

saya baru nak balas . bila skrol tengok dah setahun berlalu rupanya.

ohh..cerita setahun lepas.. harapnya puan baik2 saja sekarang

Sebijik macam kes saya! Stressnya lah! 😭