Mimpi yang bukan bukan. 35weeks

Saya sekadar nak meluah, sebab saya takda tempat meluah selain lantai sejadah. Kadang kadang meluah dekat baby walaupun dia belum keluar lagi. Saya jenis kalau mimpi sesuatu yang menyakitkan, memang akan terus terjaga dan menangis sekuat hati. Semasa awal perkahwinan, 3 kali saya mimpi suami saya curang. Dan mimpi tu memang betul cumanya dia curang semasa bercinta dan bertunang. Selepas kahwin memang dia takda contact sesiapa. Lepastu saya mimpi satu persatu ahli keluarga saya meninggal. Setiap kali terjaga mesti menangis kuat kuat sebab mimpi tu menakutkan saya. Hari hari saya mendoakan kesihatan dan umur mereka. Sekarang pula, dah 2 kali saya mimpi tentang baby. Seminggu sekali. Saya mimpi anak saya dah tiada. Saya mimpi dia pergi walaupun belum sempat tengok dunia. Saya takut. Dalam mimpi saya menangis teruk, bila bangun lagi teruk teriakan saya. Mimpi tu macam bagitau, lately ni baby banyak sangat borak dengan saya melalui tendangan dan pergerakan aktif dia sampaikan saya tidur pun jam 4pagi setiap hari. Sebab dia tau dia nak tinggalkan saya. Saya tak kuat Bila terbayang, saya memang tak mampu nak hadap situasi macam tu. Suami curang pun dah sakit sangat sangat, apatah lagi anak yang kita bawa hampir 9 bulan dalam perut ni pergi macam tu je. Sakit yang tak boleh diungkap. Memang mimpi mainan syaitan, tapi saya tetap rasa risau. Risaukan kandungan saya. Adakah sebab saya stress? Atau saya yang lemah? Atau sebab saya penat? Saya surirumah tapi ada bisnes sendiri. Maaf kalau luahan saya buat ibu ibu marah atau sebaliknya. Saya cuma takda tempat nak meluah. Suami saya ada, tapi dia macam takda :) Saya perlukan kata kata semangat untuk saya lupakan mimpi macam tu. Terima kasih ibu ibu. Maaf habiskan masa kamu membaca luahan saya :)

4 Các câu trả lời

Mimpi nie mmg mainan tido awak. Kerja syaitan nk menyesatkan kita semua. Mcm yg awak ckp mimpi suami curang tu, masa bercinta dan bertunang, masa tu awak x kahwin lg kn dgn die? Yg awak mimpi die curang tu masa awal perkahwinan kn? Mgkn awak terbawa2 realiti masuk ke mimpi awak tu... Mmg biasa kalau ibu preggy nie semua akan mimpi yg bukan2 sbb kita tgh x larat semua penat semua kn, syaitan pun buat la kerja die meyesatkan kita. Bab mimpi baby meninggal pun itu mimpi common bg ibu preggy. Sebenarnye x de apa pun awak. Awak kena relax2. Awak kena control benda2 mcm nie. Kalau ikutkan saja mimpi tu boleh jd mental tau. Boleh distract diri awak dgn benda2 yg buat awak happy.

TapFluencer

Ni pada pendapat sy. Kemungkinan sis terkena anxiety disorder. Punca dia mgkin sis kesunyian takde tmpt nk meluahkan byk memendam perasaan. Lagi pulak tengah berbadan dua ni, mmg kerap mimpi tak elok sbb terlalu overthinking pasal baby kan . Takpe its normal. Tp Kalau boleh sis jgn simpan, cerita lah pd org terdekat. Ataupun sis jmpa Doktor ckp nk jmpa kaunseling Semoga ada jalan utk sis. Sy hanya mampu mendoakan sis dan baby sis Selamat sihat sehingga melahirkan Aamiin3 ya Mujib. InshaaAllah Anak tu nnt akan jd peneman setia sis hingga akhir hayat 😍 pikir baik2 doa baik2 Semoga yg baik utk sis dan baby

Mimpi ni mainan tidur. Saya skrg 35w tapi saya perasan masa saya 29w - 31w saya banyak mimpi pelik2. bangun tidur kadang jadi penat dan tercungap-cungap. Kemudian saya tukar tempat tidur di ruang tamu, ada aircon & sejuk. Sejak tu saya takde mimpi pelik2 dah. Ni pengalaman saya lah. Xtahu kalau berkesan utk awak juga. Apepon, mungkin juga mimpi buruk ni sebab kita terlalu risau / banyak berfikir sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Try lah tenangkan diri sblm tidur atau mandi air suam sblm masuk tidur. Badan akan lebih rileks.

dekatkan diri dgn Allah, baca doa sebelum tidur, dan baca ayat² pghindar dari gangguan syaitan.insyaAllah sis selamat.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan