Dilema anak dah mula bersekolah

Saya sebenarnya risau bila anak dah masuk sekolah, kadang nak dengar cerita anak pun jadi susah sebab kita takde dalam situasi tu. Contoh anak cerita dia kena tendang dengan kawan, tanya cikgu pun cikgu tak perasan. Jadi saya ambil jalan nasihat dia jangan tendang kawan. Kes kedua pula, pembantu tadika picit anak. Entah nak percaya ke tidak pun tak tahu, pun saya mampu nasihat anak untuk bagitahu cikgu kalau dicubit dan jaga tingkahlaku. Ibubapa dalam TAP akan buat apa sekiranya benda ni berlaku? Ini anak sulung saya, jadi sangat perlukan pandangan dari ibubapa berpengalaman.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

dulu sy pun fikir mcm sis. sy selalu nasihatkan anak sy jgn pukul kawan,msti behave bila di sekolah. tp sejak anak sy mengadu kawannya selalu buli dia,sy pesan dkt anak balas balik. kalau kawan pukul dia,kena balas balik. tak boleh lemah. memang kedengaran tak baik nasihat sy ni kan,tp sy nak anak sy berani kerana benar. 1 lg,kalau ank mengadu dicubit,sy biarkan ja. mungkin anak sy nakal dekat sekolah. sy pun ada pesan dgn guru,boleh hukum anak sy,cubit sikit sbg bentuk hukuman asalkan jgn sampai keterlaluan. jgn sampai berbekas lebam². nanti trauma pula anak sy ke skolah

Đọc thêm