Luahkan hati

Saya rasa mcm dah penat betul dgn hidup. Sekarang ni, semua benda kat rumah ni, saya kena tanggung. Makan, minum, pakai, rumah, bil, kalau keluar jalan pun 100% saya kena keluar duit. Nak kena tanggung mak, adik, dgn suami. Duit belanja suami pun saya kena topup. Balik keje, keje rumah saya tetap kena buat. Basuh baju, seterika baju, sapu rumah, memasak. Kena bangun awal pagi, siapkan bekal untuk suami sekali. Kalau tk sempat buat bekal, beli nasi lemak. Saya beli bihun goreng kosong je, sebab nak jimat duit. Tapi suami beli nasi ada berlauk. Yang bayar nya saya. Boleh gila lah macamni. Family mertua, kawan kawan suami asyik tanya bila nak pindah rumah. Dorang tktau, kalau pindah rumah, saya kena tanggung semua. Dah dua bil nak kena bayar. Kalau pindah, peti ais, kipas semua saya jugak kena keluar duit. Tapi suami tk bg cerita ke orang. Masalah nya saya yg kena. Bulan 6 nak bersalin. Duit saya ni dah kering kontang. Satu apa pun tk dpt beli. Tunggu suami, takkan dapat duit. Saya nak pergi beli, saya pun habis duit tiap kali awal bulan. Dekat rumah saya masak 1 jenis lauk. Tapi saya selalu tak amik lauk, sebab nak jimat, bagi orang kt rumah ni makan. Kalau amik pun, selalu amik nasi dgn kuah je. Orang tak nampak semua ni. Stress la macamni. Pernah sekali suami pergi lepak dengan kawan dia, saya ikut sekali suami ajak. Dia order makanan, saya tak order pape, sebab saya tk bawak duit. Sekali makanan dia sampai, dia suruh saya bayar. Nak bayar guna apa. Bila sampai rumah, dia boleh cakap 'nape tk bawak duit'. Dia lepak, dia yang beli, saya kena bayar ke? Apa lah nasib hidup ni. Kalau dalam Islam tak larang bunuh diri, dah lama saya buat. Yg suami, asyik share video tugas isteri, isteri kena layan suami. Habis saya ni, tak ada perasaan ke? Bila saya mintak tolong buat keje rumah, dia ungkit sebelumni ada je tolong. Ye, tolong basuh baju guna mesin basuh, tu pun separuh jalan buat. Tak pernah habis. Dalam sebulan, tak pernah lebih dua kali buat. Lepas makan pun, pinggan letak je dalam sinki. Bila tegur, dicakap 'satu pinggan je'. Dia ingat isteri ni robot ke, ingat tak letih ke tengok ada pinggan kotor lepas dah bersihkan satu rumah. Mati lagi bagus macamni.

18 Các câu trả lời

bagi suami tu tengok ceramah Ustaz azhar idrus dngn ustazah Asma harun.. tugas suami memang kena buat kerja rumah n keluar cari nafkah . haram suami minta bini duit n lagi haram jika suami letak semua tanggungjawab atas bini . bayar bil makan pakai semua tu wajib suami yg tanggug . sepatutnya sebelum kahwin kena bincang bagi penerangan supaya tak jadi macam ni . kena selidik dulu siapa yg kita nak kahwin . ada anak nnti lagi susah tauu boleh gila kalau semua kerja rumah bini buat sorang2 . kalau kerja rumah pun suami tak nak tolong, macam mana la dia nak tolong jaga anak nnti sedangkan kalau ada anak, bnyk benda nak urus tau. lain lagi makan minum dalam pantang kena jaga . jngn jadi pak turut sis ..kena kuat n bincang dngn suami . nnti merana mental fizikal. Bila semua nya bini urus, mesti diri dah kurang belawa bercantik bagai kan. hah masa tu lain lg pula hal suami buat . cari yg cantik yg baru . kena fikir ke depan sis .. sis boleh rujuk bahagian pejabat agama .. tuntut fasakh je kalau suami tak boleh bawa bincang. apapun, doa baik2 , doa bnyk2 ... jngn seksa diri . kesian anak dlm perut jgk

dan tempat tinggal tu pun wajib suami sediakan .

aik terbalik plak..die isteri ke awk isteri..segala tanggungjawab n nafkah dia y ptt sediakan bukannya awk.seronok plak ambik kesempatan mcm tu.. klau gagal jd pemimpim umh tangge..x usah la duk share video pasal tanggungjawab isteri je..tp diri sendiri pun gagal..awak ada bincang n luah x kt dia perkara y sepatutnya.nk umah tngge bahagian..rezeki masuk..gembirakan isteri dlu.klau x faham jgk share jgk kt dia pasal tanggungjawab suami.blh jd dosa klau bt isteri y pikul tanggungjawab suami saje2

Sis please stop bayar itu ini. Yang mana patut suami bayar, biar dia tanggung, sis lantakkan je, kena buat keras hati sikit. Rasa mcm sis tanggung biawak hidup je ni. Part dia pandai pulak share tugas isteri la bagai padahal dia ambil kesempatan je tu sis. Bkn nak runtuhkan rumahtangga sis, tapi berbaloi ke sis berkorban macam2 tu? Apa yg sis dapat dari suami? takde apa kan. Put yourself first sis. Ajar sikit suami tu. Kalau tak jalan jugak bye2 la.

potong telur dia. bagi saya la. lari sis. demi anak dalam kandungan. dari dia membesar dalam suasana toksik dengan ayah toksik. lebih baik dia membesar dengan sis sahaja dengan suasana positive. jangan termakan kata-kata orang anak perlukan kasih sayang ayah. kalau ayah nya bertanggungjawab tak apa. yang ni sis bela biawak sis.

ye saya pun sokong

Kes macam ni boleh refer pada pejabat agama untuk sesi kaunseling. Nanti pejabat agama akan panggil pasangan dan ada sesi kaunseling perseorangan dan bersama. Dari makan hati seorang, lebih baik rujuk pada pakar kaunseling. Insyaallah ada jalan keluar. It just a bad phase, not a bad life.

Sis, if I were you I wouldn't stay long. Daripada jiwa merana tak gembira bagus lagi pilih utk keluar dari tu kehidupan dan teruskan hidup yg baru dgn anak. Kalau gaya begini mmg susah nak ubah perangai. So daripada jiwa menderita dan merana, bagus lagi keluar drpd hidup begini dan fokus kpd diri dan anak.

Dear sis.. Better u buat keputusan untuk kebahagian anak dan diri u..rujuk dengan pejabat agama, if I kat tempat sis.. I da blah terus.. Semoga urusan sis di permudahkan kan.. Jangan dera emosi.. Hope sis kuat.. Walau apa pun keputusan sis buat fikir diri dan anak sis ye..

Ya Allah.. sakitnya hati sy baca ni.. sis mulai harini jgn bagi duit dah.. buat masa ni kerja2 semua tu suruh adik tolong kalau suami xnak tolong.. sis xlama lg nak bersalin.. beritahu ja sis x larat nak buat kerja2.. duit tu sis simpan utk keperluan baby nanti..

yunk... Suami keje tak? kalau keje, mana duit gaji nye? Ke suami tak keje? kalau tk keje, smpai hati dia makan duit isteri, leeoas tu tak bantu kerja rumah. Bru kawin ke dh lama? kalau baru, angkat kaki, lama pun angkat lah kaki. kesian kat baby dgn u nanti...

Sedihnya..apa kata puan bls share video tntng nafkah kat suami biar suami trcuci otak dia..jgn trlalu bg duit dkt suami@ tolong byr bil2 nanti dia manja lupa tngjwb. Suami bkrja tpi istri jga y tngung gila laa

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan