Duduk bersila selepas sebulan

Saya pantang hari ke 32. Jahitan bawah tak rase sakit dah. Benang pun ade yang dah tercabut. Jadi boleh ke saya duduk bersila (saya dah duduk gitu sebenarnye), cume MIL saya ternampak saya duduk bersila, dia suruh saya betulkan kedudukan. Masalah skrng, saya lenguh jugak kalau asyik duduk posisi same je 44 hari. Depan MIL dah family belah suami pun tak boleh mengiring kononnya nanti rahim senget. So, dah boleh bersila ke saya ni? Hmm #pantang30hari #dudukbersila

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ikut keselesaan sis. Benda karut tak perlu ikut. Rahim tak boleh senget. Rahim ni organ yang dah terletak cantik dalam badan kita. Takde istilah rahim senget, kembang, etc. Tapi ikut sis lah. Nak ikut atau tidak. Kalau saya memang tak ikut. Knowledge sekarang di hujung jari. And yang lagi best boleh tanya terus pada pakar.

Đọc thêm