beza tarikh due kk dgn swasta
Saya nak tanya..betul ke tarikh yg kk bagi dekat saya untuk due ni? Sbb yang klinik swasta bg 20/6.. beza sgt ni..btw ni anak first..harap ada yg sudi jawabkan ?
Salam sejahtera puan, tahniah atas kehamilan anda. Untuk makluman puan, tarikh yang diberikan oleh KK berkemungkinan adalah berdasarkan tarikh LMP (Last Menstrual Period) anda, manakala tarikh yang diberikan oleh pihak swasta berkemungkinan berdasarkan dari scan yang dibuat. Tarikh EDD (Expected Delivery Date) ini hanyalah ramalan berdasarkan scan atau tarikh LMP anda dan ia juga boleh berubah pada scan akan datang. Tidak semua wanita bersalin pada tarikh EDD yang diberikan, ada yang lebih awal atau lewat. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang perkara ini.
Đọc thêmMacam silap date je ni sis. Saya pun dulu misi kk letak bulan 4. Saya due bulan 5. Saya dah kira pakai apps dan tanya kawan sebelum pegi buat buku. Saya bagitau misi, misi salah ni. Saya due awal bulan 5. Bukan awal bulan 4. Kalau tak baby takcukup bulan la lahir. Baru misi tukar Tarikh. Kalau ada apa2 tak kena. Awak kena bagitau balik kat depa. Takut depa silap calculate. Yg ni misi dah tukar bulan.
Đọc thêmcuba tny nurse sis...kang kne bersalin awal sebulan x pasal2...huhu..mcm sy masa buka buku sy tgk nurse kira, mula2 salah kira jugak,sy dlm hati ehh cepat pulak nk brsalin😅 , pastu die pegi confirmkan dgn nurse2 lain, mintak kirakan takut salah...
Mmg akan macam tu , sy pun sama ... Due swasta 28/1...due kk 27/1 😅🤭🤭beza 1hari je, yg penting bila scan baby dlm keadaan sihat...sbb tarikh due tu pun blm tentu tarikh yg betul2 Kita akan beranak..jarang2 org beranak cun2 tarikh due🙂.
Sy pon sama.. Ikut scan 26hb 5.. Klinik desa bagi 6hb 6.. Biasanya kena tunggu baby besaq sket n kena scan lagi skali.. Eod ikut scan.. Kadang kira last period x tepat sangat
Selalunya doktor akan kira blk tarikh yg keluar dkat scan baby nanti.. Klu kira dgn nurse sblm ni 5/3/2020 tp doktor suruh ikut tarikh scan 19/3/2020..😍
Saya rasa KK tersilap. Kalau last period awak 14/9 sepatutnya June due awak. Saya pun June. Tapi last period 5/9. Rujuk semula KK awak okay. 😊
First ank sya pun dulu sama juga sis.. Klinik swasta bagi 31/08.. Skli pi Kk bagi 20/07.. Syukur alhamdulillah ank sya lahir 18/07..
Once dh masuk 37 minggu keatas..just kne standby je sbb baby dh matang.. Apa2x pn, tahniahh semua bakal ibu & ibu2x.., 😘😘
Mcm sy jugak..scan swasta kata due 9/11. Pg Kk buat buku jd 18/10. Pastu jumpa doct kt kk,scan lg perut btul mmg 9/11,,
Got a bun in the oven