[UPDATED] FPP Putrajaya 2024 (step by step)

Saya nak share notes utk ibu2 yang berminat utk ambil pakej FPP (Full Paying Patient) di Hospital Putrajaya. (**this post will be updated in the future) 1. Call Hospital Putrajaya 03-8312 4309/4371/4372 2. Staff tanya / bagitahu : - due date - bawa buku pink - result test darah hiv - briefing Jumaat 2.45pm di O&G Kaunter A - Nurse akan check buku pink, baru boleh book FPP ----- Briefing FPP 1. Tunggu di kaunter Klinik O&G (masuk lobi utama, jalan terus dan ke kanan. Kaunter ada di sebelah kiri) **Tips : duduk dekat2 dengan kaunter sebab nak kena bagi buku pink dulu, so kena beratur di kaunter. 2. Nurse check buku pink untuk due date + hiv test. Nurse akan bagi dua helai kertas biru/purple (info fpp). Boleh serah buku pink dan bagitahu pilihan Doktor pakar. Tips : bawa pen! 3. Selepas serah buku pink, boleh duduk dan tunggu briefing dimulakan. 4. Saya sertakan contents briefing di gambar 5. Sesi soal jawab 6. Boleh tandatangan kertas 2 helai dan tunggu nama dipanggil. 7. Serah kertas 2 helai dan Nurse akan pulangkan buku pink + bagi tarikh temujanji pertama dengan Dr. pakar. (usia kandungan 28 minggu) 8. Bersurai **Note penting : HPJ adalah hospital breastfeeding friendly, jadi ibu-ibu wajib breastfeed baby selepas bersalin. Tak boleh bawa susu formula, botol susu atau pacifier. Nurse bgthu, kalau nurse nampak, nurse boleh rampas 😬 nanti sy update lagi 😊 Notes: 1) Boleh book FPP seawal buka buku pink. Sy book waktu usia kandungan 10w4d (based on LMP). 2) Kalau kena Covid waktu nak bersalin, tak boleh bersalin under FPP, akan bersalin under Public. 3) Deposit under Public RM800, wad kelas pertama. Links : 1) Info FPP - Brochure boleh download https://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/fpp-bi -------------------------- [UPDATE 1] 1st Check Up 1. Pergi Kaunter Unit Hasil (ambil nombor) dan isi borang untuk pendaftaran kali pertama. Di kaunter, bayar RM185. Akan dapat no giliran (slip merah) dan kad temujanji (warna peach/cream). 2. Lepas tu boleh pergi kaunter O&G dan bagi buku pink pada nurse bertugas. 3. Nurse suruh timbang dan check blood pressure. Nurse akan bagi plastic cup untuk collect urine. 4. Urine test kena buat sendiri. Ada bilik test urine. Bagi buku pink pada nurse untuk nurse catat result. 5. Selepas tu, boleh duduk untuk tunggu giliran jumpa doktor. 6. Checkup doktor. Doktor akan check macam biasa, dan buat ultrasound. 7. Selesai check up, pergi ke Kaunter 11 untuk check any pending payment. Kalau ada dapat ubat, atau buat blood test, akan ada bayaran. 8. Selesai. Notes: 1) Akan dapat 2nd Appointment untuk jumpa doktor, selalunya kandungan 34 minggu. (temujanji dicatat dalam buku temujanji (peach/cream) 2) Disarankan datang awal utk daftar. Terus ke Unit Hasil, sebab orang ramai. Walaupun nombor giliran public dan FPP berlainan, pesakit FPP pun ramai. 3) Suami boleh teman waktu jumpa doktor. 4) Check up dengan Dr.Hamidah sangat best. Kalau nak tanya apa-apa, sediakan soalan siap-siap. Doktor dan nurse peramah. *nanti saya update lagi ☺️ #firstmom #fppputrajaya

[UPDATED] FPP Putrajaya 2024 (step by step)
3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Nak tnya.. if buku pink dari swasta die terima tak? Saya x bukak buku pink KK

5mo trước

Boleh, hritu sy ada nmpk mummy lain bwk buku pink swasta jgk.

Great sharing 😍 Hosp area selangor mana yg available pakej fpp ea?

10mo trước

skrg byk dah ada . sya dlu amek fpp kt hosp sg buloh.

Hi , nak tanya pregnant berapa weeks baru blh daftar FPP?

11mo trước

Based on apa yg staff bgtau, seawal buka buku pink. Janji ada buku pink + result darah + hiv ☺️