Folic acid
Saya makan folic acid shj dari trimester pertama smpai hampir nk masuk trimester ketiga.. Tak apa ke kalau hanya ambil folic acid tanpa vitamin lain? Ada effect apa2 tak kat baby?
Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, selain folic acid, wanita hamil turut memerlukan suplemen lain seperti zat besi dan vitamin B. Kebiasaannya vitamin-vitamin ini akan dibekalkan mengikut keperluan anda setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal di klinik. Vitamin-vitamin ini semua ada fungsinya, seperti folic acid untuk pembentukan otak dan saraf tunjang, zat besi untuk memastikan paras hemoglobin dan darah merah yang baik, dan vitamin B6 dan B12 untuk perkembangan saraf bayi. Sila rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut tentang vitamin ini. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Đọc thêmNurse n doc ckp dgn sy folic acid d mkn sebelum hamil n saranan sampai bulan 3 hamil.. Utk pembentukan tulang belakang bby.. Dah masuk 4 bulan dah boleh stop. Sy diberi pil iron tablet utk tambah darah n utk lepas besalin nnti bnyak darah keluar.
Masa check up dkt kk, nurse takde kata hb low atau lain2 ? Biasanya bila dia dah check semua, dia akan bagi vitamin yg sesuai dgn sis.
Ok tu sis tapi baik ambil vitamin dan kalsium untuk kebaikkan kita juga. Cuba rujuk dr utk dptkan vitamin.
Boleh je..tp bakal ibu kena la jaga pemakanan sbb bnyk vitamin dr bdn kita akan share dgn baby..
Saya pun selain folid acid tak ada ambik lain suplmnt..minum susu jaga mkn sdh ..seht sllu ya
Boleh je... Yg pnting kna mnum susu mkn syur2an utk ganti supplmnt yg lain yg kita x mkn
Selalu klinik die bg multivitamin.. Dlm multivitamin tu dh ade acid folic sekali
Sy g clinic dpt 4 jenis ubt..baru 6w6d..hihihi
Ya2..selmt ye sis..
Boleh jerr.. baby ok je
A Mom