Saya lagi 6 minggu untuk due date, plan dari awal nak berpantang dengan mak sendiri sebab ni anak first, and lagi selesa dengan mak sendiri walaupun kena travel 3/4 jam balik kampung pun saya sanggup. Saya ada penyakit psoriasis/ezema satu badan and family mertua tak tahu. Takut nanti diorang geli sebab bila pantang kan tak leh sorok sorok and bilik mesti selalu dimasuk tiada privacy.
Suami faham and setuju saya pantang rumah mak saya. Tiba tiba mak mentua saya nak carik confinement lady(cl) untuk jaga saya pantang rumah dia, seakan akan suruh saya berpantang dengan dia. Saya kata tak nak, sebab mak saya dah tempah cl untuk saya berurut di kampung. Alasan dia kat sana, sanalah. Sini, sini punya. Saya kata tak apa saya balik kampung terus 2/3 hari lepas keluar hospital, dia kata mana boleh, nanti sakit apa semua. Saya cakap tak apa, bukan nya nak kena travel dua tiga hari, kereta pun bukan kereta hilux nak terhentak sana sini.
Tapi dia macam tak setuju, lepastu belum apa apa kata nanti orang nak mai melawat saya lepas baby lahir. Apakah? Privacy keselesaan saya macam mana, dah lah baru nak recover beranak, kena layan orang lagi.
Macam mana nak handle, nak tolak mak mentua tanpa mengurris hati sesiapa? Sepatutnya dia lagi faham sebab dia berpantang dengan mak nya sendiri untuk kesemua anak anak dia.
Anonymous