Dipaksa berpantang di rumah mertua

Saya lagi 6 minggu untuk due date, plan dari awal nak berpantang dengan mak sendiri sebab ni anak first, and lagi selesa dengan mak sendiri walaupun kena travel 3/4 jam balik kampung pun saya sanggup. Saya ada penyakit psoriasis/ezema satu badan and family mertua tak tahu. Takut nanti diorang geli sebab bila pantang kan tak leh sorok sorok and bilik mesti selalu dimasuk tiada privacy. Suami faham and setuju saya pantang rumah mak saya. Tiba tiba mak mentua saya nak carik confinement lady(cl) untuk jaga saya pantang rumah dia, seakan akan suruh saya berpantang dengan dia. Saya kata tak nak, sebab mak saya dah tempah cl untuk saya berurut di kampung. Alasan dia kat sana, sanalah. Sini, sini punya. Saya kata tak apa saya balik kampung terus 2/3 hari lepas keluar hospital, dia kata mana boleh, nanti sakit apa semua. Saya cakap tak apa, bukan nya nak kena travel dua tiga hari, kereta pun bukan kereta hilux nak terhentak sana sini. Tapi dia macam tak setuju, lepastu belum apa apa kata nanti orang nak mai melawat saya lepas baby lahir. Apakah? Privacy keselesaan saya macam mana, dah lah baru nak recover beranak, kena layan orang lagi. Macam mana nak handle, nak tolak mak mentua tanpa mengurris hati sesiapa? Sepatutnya dia lagi faham sebab dia berpantang dengan mak nya sendiri untuk kesemua anak anak dia.

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Beruntung sis dua2 mak berebut nak jaga sis. Sy ni mak kandung tp belum bersalin dia dah ajar2 sy dan suami nanti macamana nak handle anak dan diri sendiri masa berpantang.. cakap2 pasal persediaan makan minum sendiri dan mandikan anak sendiri. last2 sy ambik CL je untuk makan minum dan urut. Kita bukan takboleh buat sendiri. Selama ni pun dia tolong sendiri tanpa sy suruh2 pun. Ikutkan kalau dia tak tolong, sy dan suami mmg dah belajar awal cara nak hadapi pantang. Mungkin dia rasa disusahkan agaknya wlaupun selama ni sy tak pernah susahkan dia. Anak pon hantar pengasuh tak pernah hantar balik kg suruh dia jaga. Kdg sedih mak sendiri tp mcm mak tiri. Eh sori terluah cerita sy pulak dekat sini 😆🥲 Macam cerita sis ni sis bagitahu je dia 2 minggu awal nak duduk rumah mak sendiri dulu sbb mak dah ambik CL date sekian2. Bagitahu dia sis dah beli bantal untuk duduk lama dalam kereta n carseat untuk baby dah pasang untuk balik kg 😆 2 minggu selepas tu baru bagitahu nak duduk rumah mertua. Untung2 dpt CL untuk sebulan huhu

Đọc thêm

Balik je sis rumah mak. Dah naik kereta, tayar dah bergolek. Mak mentua dah tak boleh buat apa. Sepatutnya mak mentua tu kenalah faham, sis tu menantu bukan anak perempuan dia. Setiap perempuan lagi2 bersalin anak first mesti nak duduk disamping mak sendiri. Lain lah kalau anak laki dia yang beranak, dia nak suh pantang 100hari dengan dia pun takde masalah. kakak ipar kita anak ketiga pun pantang rumah mak dia kat pahang. So ignore je anasir2 luar, as long as suami izinkan, then pergi saja

Đọc thêm

sy mengalami benda yg sama... sy x da mak ayah sendiri... so anak pertama mmg pantang 44 hari dengan mertua... mmg rs down sgt2... sbb mertua x faham kita... down kan kita... mmg menangis hari2... anak ke 2 sy nekad bgtau seminggu je pantang rumah mertua... ni bulan sept ni sy akan deliver bby ke 3... sy dah bgtau awal2 sy nak pantang d rumah sendiri lebih selesa... jawapan dia kita kena tegas... kita kena jaga diri kita... emosi kita... plus doa bnyk2 semoga Allah permudahkan....

Đọc thêm

pendapat saya sbgai suami, sebaik mana pon mertua, bgi saya sebaiknya berpantang ni isteri lebih selesa utk berpantang dgn mak dia sendiri... pengalaman byk mengajar saya erti menjaga aib isteri, dan pertahankan hak dan maruah isteri... lebih baik upah cl utk jaga isteri dirumah sendiri... bukan nak derhaka pada syurga sendiri, akan tetapi kite perlu fikirkan privacy dan keselesaan isteri setelah mereka bertarung nyawa melahirkan zuriat ...

Đọc thêm

pada pendapat saya, better sis siap2 utk bersalin di hospital berdekatan dgn rumah mak sis, lepas bersalin direk shaja ke rmh mak utk brpantang, sbb bila berpantang ni xtau brsalin cser atau normal pjlanan yg lama mmg sakit pada awalnya, utk dilawat pula mmg lumrah ada dua family ni budaya melawat walaupun sy sndiri x selesa, so klu nak melawat minta la mil sis tu ke kg sis tmpt sis berpantang, dia nak dtg2 klu dia kata jauh xyah dtg. hehehe

Đọc thêm

kena bincang dgn husb..dan husb yg perlu tegas terangkn kt mil sis psl nk brpantang dirumah parents sis..lgpn mak sndri jaga dgn mk mrtua jaga xsama..lebih selesa dgn mak sndri rumah fmly sndri..lgpn mak mrtua belum tntu bole jaga sebaik dia jaga ank ppuan dia sndri..so fikir masak2 dan kne nekad dgn pendirian..brsalin emosi kne jaga .. tu yg penting...nasib laa mak mertua saya mmg xnk jaga saya..so senng buat keputusn😁😁

Đọc thêm

sama mcm saya... mertua minta brpntang dirumah dia... tp saya bincang dgn Suami baik2... saya lebih slesa umah mak sndiri.. sbb mak Kita je tahu Kita mcm mana .. nk pakai mcm mana xde halangan.. kalau umah mertua saya, Adik ipar saya lelaki agak susah Dan memenatkan Kita lagi nnti.. kena jaga aurat apa semua.. alhamdulillah Suami memahami Dan dia yg brterus terang dgn mak dia...

Đọc thêm
Influencer của TAP

klau sy , sy akan buat statement je bukan nk minta kebenaran. dia setuju x setuju tu dri dia ja. yg pnting dia da tau awk nk brpantang d rumah mak sndiri. biarlah suami yg uruskan yg lain dan terangkan dgn mak dia. awk kena keras, awk xkn dpt jaga hati semua org. tp awk kena jaga diri awk dan mentality awk.. awk slpas beranak xboleh stress² ..

Đọc thêm
1y trước

sy setuju sis ckp gitu. kite yg tntukn sis pilihan kita. just mklumkn bukan mnx kbnaran. gituuu.. sy Pon nk bersalin ngn mak sy sndiri.biarlh nk balik kmpung tu kne travel 6 ke 8 jam Pon...kite nk selesa tuu.. my mil mmg xleh jga sy sbb xsihat dh.Alhamdulillah sy mmg xde isu nii

Tak sis.. sis tak boleh mengharapkan Mil faham keadaan sis sebelum sis sendiri berterus terang Bagitahu hal sebenarnya sis ada penyakit kulit tu. Mmg tak selesa.. sy ada kawan yg ada penyakit kulit, pengalaman sy sebilik dgn dia, boleh nampak semut bersusun angkut kulit dia yg luruh dari badan Dan suami pun main peranan jugak kena bertegas if mil x nk faham jugak.

Đọc thêm
1y trước

Knowing them diorang akan judge teruk 🥺 suami boleh terima keadaan kita, sayang kita tapi suami sendiri tak pasti sama ada family dia boleh terima keadaan kita ke tak. Kalau dah suami cakap macam tu, dia lagi kenal family dia.. nanti saya akan mintak suami facetoface dengan mak dia, takut nanti suami kena cop bini control sebab ikut cakap isteri. Mak mentua saya jenis taat kat suami, kalau A, A lah tak ada kompromi. dia expect anak menantu ikut cam dia. Sebab pernah ditegur sebab saya sediakan roti breakfast dua hari berturut untuk suami, katanya suami bosan nanti carik lain sebab breakfast sama and katanya mak mana nak anak lelaki dia dapat isteri macam ni 🙂 dari situ boleh nampak mentaliti dia macam mana

kena bincg dgn suami la sis.. sbb itu hak kite nak pantang kt mana pon.. sy pon kalau boleh tknak ptng umah mil tp kereta tkde.. trpaksala pantang smggu je kt umah diaa.. dan sy pon kalau boleh tknak org mai melawat masa pantang sbb sejenis org yg suka cium baby and peluk ni susah.. jenis ad sakit ii tu lgila tkot effect kt baby..

Đọc thêm
1y trước

Ya betul hak kita, suami pun pening sebab mak mentua saya jenis pushy, sentiasa nak belah dia didahulukan, sebab cucu perempuan pertama. Tak tahu nak handle cakap macam mana lagi.