Tak apa ke tak makan folic acid dan ubat sepanjang mengandung?

Saya first pregnant..18w..tak apa ke tak makan folic acid dan suplement lain? Ada kesan apa2 untuk baby ke?masih terlambat ke saya nak makan folic acid?

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

usia kandungan? dah buka buku pink? tahu tak kepentingan asid folid tu utk apa? awak pernah baca? asid folid ni bukan utk kesuburan. tapi kita makan utk mengelakkan berlaku kecacatan pada bayi dlm kandungan kita. boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Anencephaly. Dua kali terkejut !! Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tempurung kepala yang tidak terbentuk. Berat hati saya setiap kali menyampaikan berita kepada ibubapa yang janin di dalam kandungan mempunyai kecacatan yang membawa maut. Tapi, memang berat lagi badan yang memikul. Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini. Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya dan tidak akan bernafas sendiri. Ada empat punca mengapa tempurung kepalanya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya. 1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan. 2. Obesiti. Satu masalah metabolisma yang walaupun ibu tidak ada diabetes, meningkatkan risiko mendapat janin yang ada kecacatan ini. 3. Kekurangan zat 'folate', sejenis vitamin yang didapati dari folic acid, pada waktu permulaan kehamilan. Walaupun ibu boleh mendapat vitamin folate dari sayuran hijau, pengambilan supplemen folic acid lebih berkesan mengurangkan risiko kecacatan ini jika dibandingkan dengan memakan lebih sayur-sayuran hijau kerana vitamin folate ini terlalu senang dimusnahkan bila sayuran dimasak. 4. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan. Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama. Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah merancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil. Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam. Setiap kali saya melihat kecacatan anencephaly ini melalui Ultrasound scan, saya akan terus membuat ujian darah ibu untuk mengenalpasti jika ibu juga ada diabetes yang tidak diketahuinya sebelum mengandung. Saya dapati kebanyakan ibu-ibu ini sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya. Inilah yang dinamakan undiagnosed diabetes. Sudah ada type 2 diabetes, tetapi tidak mengetahuinya sehingga sudah hamil dan terjumpa kecacatan janin. Ibu ini tidak ada peluang mengawal gula sebelum persenyawaan janin ini sebab tidak tahu ada Diabetes. DUA KALI TERKEJUT. Pertama, bila mendapat tahu tentang kecacatan janinnya. Kedua, bila mendapat tahu tentang penyakit kencing manis (type 2 diabetes). Bila ditanya adakah pernah mendapat kencing manis semasa kehamilan yang lepas (gestational diabetes), mereka semua menjawab "Ya doctor, dulu saya pernah ada penyakit kencing manis semasa hamil" Bila ditanya lagi, 6 minggu selepas bersalin, ada tak berjumpa doktor semula untuk memastikan penyakit kencing manis semasa hamil (gestational Diabetes atau GDM) ni sudah betul-betul pulih, dan adakan anda pastikan paras gula di dalam darah di tahap yang normal setiap tahun, sebelum hamil semula? Jawapannya semua sama saja, "Tidak doktor" Setiap wanita yang pernah ada GDM, digalakkan membuat ujian minum air gula setelah berpuasa iaitu OGTT, 6 minggu selepas bersalin, dan kemudiannya ulang setiap tahun. Sekurang-kurangnya buatlah ujian darah HbA1c setiap tahun. Sebabnya ialah risiko anda mendapat Diabetes type 2 ialah 50% dalam masa 5 tahun. Ini bermakna dalam 100 wanita yang pernah mendapat GDM semasa hamil, 50 orang akan mendapat Type 2 Diabetes dalam tempoh 5 tahun. Jika anda pernah dapat GDM, ini ialah satu amaran, satu peluang kedua untuk mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup sihat dan cergas supaya boleh mencegah Diabetes type 2. Anda juga diberi kan peluang mengawal diabetes jika mengetahui anda sudah ada Diabetes sebelum anda hamil untuk mengurangkan risiko anak anda mendapat kecacatan ini. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap kurang dari 6.5% dan ambil lah folic acid yang lebih tinggi lagi, iaitu 5mg sekali sehari, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Jika anda ada masalah obesiti, anda juga perlukan folic acid yang lebih tinggi, 5mg sehari, sebelum hamil dan pada 3 bulan pertama kehamilan, tetapi apa yang terbaik ialah kurangkan berat badan anda supaya tidak obese sebelum hamil. Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan. Kalau boleh, kurangkanlah benda yang bagi kita terkejut-terkejut ni dalam menempuhi cabaran hidup kita. -------------------------------------------------- Ini gambar dari internet. Tak sampai hati nak tunjuk gambar arwah patient saya, walaupun sudah diberikan kebenaran dari ibubapanya untuk tujuan pendidikan am. Tambahan: Kajian perubatan juga menunjukkan yang pengambilan folic acid oleh ibu hamil juga berkesan mengurangkan autism di kalangan anak-anak. Bagi wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum lagi hamil, kajian menunjukkan tidak ada masalah kesihatan bagi wanita-wanita yang mengambil folic acid bertahun-tahun selagi tidak melebihi dos yang disarankan. Dos yang disarankan ialah di antara 0.4mg sehingga 1mg sehari, tetapi dos yang lebih tinggi sebanyak 5mg sehari disarankan untuk wanita yang ada Diabetes atau ada obesiti atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine.

Đọc thêm

x boleh sis. Folic acid tu penting untuk pembentukan tulang belakang baby & juga tempurung kepala baby. Supplement lain tu untuk tambah darah, penting untuk pembentukan baby juga. Harapkan darah kita sahaja mmg x akan cukup. Supplements lain untuk calcium pun sama juga pembentukan tulang2 baby. Baby akan serap calcium2 drpd ibu die, maka si ibu pun kena lah top up calcium untuk elak kejang kaki, kekurangan calcium in future (osteoporosis). Ada kes sorg preggy mother nie terpaksa hakikat yg anak die akan lahir tp x dpt survive sbb x ada tempurung kepala. Sis dah berapa week? it's still not late kalau nk makan folic acid kalau masih awal2 preggy. masa nie baby masih x terbentuk lg so ada masa untuk makan folic acid supaya baby ada tempurung kepala die. KKM pun meyarankan wanita yg ingin berkahwin 2 bulan sebelum tu untuk ambik folic acid.

Đọc thêm

perlu faham kepentingan asd folik. asd folik penting saat 0-12mgg kehamilan utk pembentukan sistem saraf janin. Kekurangn folate pd peringkat ini antara penyebab berlakunya sumbing, spina bifida, anencephaly n bbrp pyakit melibatkan saraf, kecactan pd muka n otak. Asd folik bkn shj hadir melalui supplemnt ttp melalui pemakanan juga. Ambil atau tidak, tdk dpt menjamin janin akn sihat, ini antara usaha ibu2 utk elakkann kecaxatan neural tube pd janin.

Đọc thêm

Baru tahu pregnant ke? Saya pun macam tu jugak masa baru tahu. Saya dah pregnant 3 bulan baru tahu yg saya mengandung. Sepanjang pregnant dan ttc tu tak makan acid folic. Lepas dah tahu tu kena makan la sebab untuk kebaikan baby jugak. Dan doc akan bagi ubat2 lain sepanjang pregnant. Jadi kena makan jugak la dan masih belum terlambat😊

Đọc thêm
2y trước

18w sis

Pregnant pertama dulu saya tak makan supplement2 yang dr atau kk bekalkan. Obimin ke apa. Tak boleh telan. Tapi saya tetap makan folic acid sampai bersalin. Kecik je kan senang telan. Kalau sis taknak makan supplement lain pun atleast sis makan la folic acid ☺️

2y trước

InshaAllah ok sis. Tu je yang sangat penting untuk perkembangan baby. Yang lain2 supplement lebih kepada vitamin tambahan untuk kita sendiri. Yela masa pregnant macam2 hal kan. Hb, calcium, immunity semua low. So supplement2 tu semua yang akan cover apa2 yang low kat badan kita tu. Macam saya Alhamdulillah sangat memang dari awal pregnant sampai beranak takde apa masalah kesihatan 😊 semoga dipermudahkan urusan sis. Enjoy your pregnancy journey 🥰🥰

18w… takde jumpa misi/doktor ke? Pelik.. first prgnant pun takkan tak buat research apa perlu buat, makanan apa yg perlu ambik utk kandungan.. Kalau awal² prgnant tu faham lah sebelum buka buku. Kalau lepas buka buku misi akan bagi vitamin

Tak boleh sis. Bila sis mmg dah rancang utk mengandung sepatutnya 3 bulan sebelum tu dah start ambil folic acid. Mmg penting sbb utk pembentukan baby jugak. Tapi let say mmg xpernah ambil bila dh tau mengandung terus makan jgn pernah skip

saya mkn floc acid masa saya dh preg 6 bulan. sbb saya baru tahu yg saya dh preg 6bulan. Alhamdulillah, lps tahu preg saya makan folic acid, vitamin dan jaga permakanan, preg tk ada gdm. Skrg baby dah 1 bulan 10 hari.

kalau tak kesian diri sendiri, kesian dekat baby kt dalam tu. dia cuma dapat khasiat dari apa yang awak makan. apa2 ubat atau vitamin yang di beri kk makan la. semua tu untuk kebaikan awak dan baby.

perlu makan untuk tampung keperluan vitamin pembesaran anak , takut kalau x cukup vitamin folic acid ni risiko baby spina bifida , cerebral palsy macam2 kompilasi lagi sis , makanlah vitamin sis