Minum air gula

Hi saya F27 first pregnancy. Nak tanya kenapa saya kena minum air gula dua kali ye? Haritu dah minum masa 13w lepastu nurse suruh minum lagi next week 28w. Kawan saya pregnant last year kena minum sekali je. Haritu minum air gula puasa 4.3 lepas minum 6.1 tak sangkut jadi kenapa kena minum lagi ye? Kalau kali kedua ni ada potensi sangkut GDM ke? Sebab saya macam tak berpantang makan pun sepanjang pregnant ni. Ada tips taknak bagi sangkut? #firstimemom #airgula

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya kna minum smpai 3x... sebabnya 1) umur (35y) 2) bmi - sbb mmg overweight sblm mengandung lg 3) berat asyik naik mendadak (end of 2nd tri to 3rd tri berat naik seminggu 1kg) + baby besar ( dr pakar yg suruh test gula kali ke 3 (wk34)) sy xda family history diabetes. Alhamdulillah lulus tiga2 test.. sy mmg kurang mkn minum manis cuma 2nd tri selera mkn bertambah2.. dr suruh sy ikut diet mcm org yg ada kencing manis.. seminggu sebelum test je sy jaga pemakanan dah lulus test sy lupa dah diet tu apa.. sbb tu la smpai 3x kna test tu..

Đọc thêm

Saya pun F27 first pregnancy. Minum 2x. Nurse kata sekarang kalau 25yo ke atas mmg kena minum 2 kali even bacaan tu cantik. Kalau 2x lepas. Tpi berat awak naik mendadak akan minum kali ke 3. But nurse akan pantau dulu normal ke tak. Mybe ada risk untuk dapat diabetes thats why. Itu apa yang saya tanya nurse saya lah. Tips taknak bagi sangkut tu saya ada baca and try menjadi kat saya tapi tak pasti kat awak. Sehari sebelum appointment tu minum lemon kosong seharian and obviously kena banyak minum air masak. Mybe awak boleh try.

Đọc thêm

cuba check dekat buku pink awak, tengok bahagian spt di gambar. kalau takde tick, tanya nurse in charge awak. macam saya, ikutkan 2x kena minum. - 1st sebab umur lebih 25. - 2nd ada sejarah keluarga. tapi 1st minum pun dah sangkut, so takperlu repeat minum dah. dan tak silap saya, kalau berat badan naik berlebihan semasa pregnant ni pun kena minum air gula. walaupun dah pernah minum dan tak sangkut, masih possible untuk minum lagi. betulkan saya jika salah.

Đọc thêm
Post reply image
2mo trước

dan yang checkup di swasta, mungkin buku pink tak sama dan ada sedikit perbezaan. disarankan tanya dengan doc & nurse in charge. 😊

sy pun kne minum 2 kli . 12w dan 28w . sebab family ada kencing manis . so if first tak sangkut . dia akn suruh mnum kli kedua utk tgk sangkut ke tak . kalau tak sngkut alhamdulillah. tp masa sy dedua tak sangkut . tak jaga makan pun . pasrah je 🤣 tp nurse ada kata kalau berat naik byk sgt mmg knee mnum air gula kli 3 sbb takut ada gdm . syukur tak minum lg sbb masatu berat sy 2 mggu naik 1 kg ++ . dia bg tempoh sy 38w pantau berat . 36w sy berslin hahahaha .

Đọc thêm

saya first mom juga.. minum air gula 2x sama mcm yg awk cakap. minum kali kedua untuk memastikan betul2 tak sangkut gdm. Inshaallah kalau first awk tak sangkut, kali kedua memang taksangkut. saya pun sama takda pantang makan, makan je apa nak makan lagi2 benda manis. Alhamdulillah tak sangkut gdm. biasany yg check 2x ni berat badan melebihi bmi normal. Inshaallah tak sangkut tu 🥰

Đọc thêm

Selalunya yg minum air gula 2x ni sebab family (parents) history ada kencing manis, or berat badan naik mendadak. Mcm saya kena minum 2x sbb ayah ada kencing manis. Kalau awak dah ada tarikh minum air gula kali ke 2. Awak kena jaga makan, jgn makan and minum manis. Sekejap je, nnt lepas dah minum air gula boleh la cheat day balik hehe. Banyak kan minum air kosong dgn lemon.

Đọc thêm

Samalah sis, saya pun baru ja kena bagi minum air gula kali kedua, sebab before ni saya berklinik tempat lain, then dah pindah dr perempuan pulak, alasan saya kena bagi minum air gula sekali lagi, sebab before ni dr lelaki tempat first saya tu dia bagi minum awal air gula, dan alasan kedua sebab ayah saya asa kencing manis, so tu yang kena kedua kali minum,

Đọc thêm

jd mak kena banyakkkkkkkan membaca. welcome to the new world. khatamkan buku pink tu, bkn sekadar bwk gi checkup je. sekarang ni sebelum baby lahir ni, wajib belajar ilmu penyusuan, ilmu bhasa baby, ilmu parenting, cari ilmu yg disampaikan oleh pakar dlm bidangnya bkn semata duk baca pengalaman org peribadi je. nanti anak lahir khatamkan buku anak.

Đọc thêm
2mo trước

@meyrapelzah lalui dulu baru pandai tu betul .. kena jumpa doktor psikitri dulu sbb nk bunuh anak baru tahu oo anak aku nak tidor jah. sedap laa ckp tak lalui kan

Saya kena minum 3 kali sbb dlm family ada sejarah penyakit kencing manis + masa pregnant umur saya dah 25 taun ke atas.awal2 nurse da bagitau kena minum air gula disebabkan faktor2 ini.tapi alhamdulillah saya tak da gdm maybe sebab sebelum pregnant saya mmg dah jaga makan.minum manis x amik langsung.fast food sebelum pregnant pun blh kira bapa kali makan

Đọc thêm

Ada yg sampai 3x minum mcm berat naik mendadak hujung trim. Biasanya 2x utk yg tak sangkut first time. Ni kalau lebih 25 tahun & ada family history diabetes. Saya selalu baca ramai je yg sangkut second time, third time. Kalau dah sangkut tak terhenti di situ ye. Lepas bersalin pun kena minum lg to make sure yg diabetes tu time pregnant je

Đọc thêm